Skip to main content

Posts

Showing posts from October 3, 2014

“Kita semakin dewasa, sedang mereka kian tua..”

بسم الله الرحمان الرحيم

“Orang tahulah, orang baliklah nanti!”, suara gertakan dari kamar sebelah kedengaran.
Saya kaget. 
Selama enam bulan saya berjirankan seorang gadis manis, ini baru kali pertama saya mendengar suara gertakan segarang itu. Saya terus menyambung kerja sambil didendangkan suara perbualan dari kamar sebelah. Sehingga akhirnya saya terdengar perkataan ‘ayah’ di hujung perbualan.
“Ayah ni, orang nak enjoy dengan kawan-kawan pun tak boleh.. Suka menyibuk hal orang lah..”, kedengaran perbualan dihentikan.Kasar.
Sejenak diri cuba bersangka baik pada perbualan yang didengar degan telinga sendiri. Namun, perbualan seperti ini sebenarnya bukan menari-nari di telinga saya sahaja. Sesekali, jika kita turun bergaul dengan anak-anak muda generasi Y perbualan dan perkataan yang sama akan kita dengar.
“Malaslah duduk rumah, mak ayah suka menyibuk..”
“Peliklah mak ayah ni, mereka suka menyibuk hal kita anak-anak..”
“Asyik-asyik kena kongkong di rumah, menyibuk betullah mak ayah ni..”

Siapakah sebenarnya srikandi misteri kita?

بسم الله الرحمان الرحيم


Hormat kita kepadanya sepanjang hayat
Seteruk manapun kehidupan seorang insan. Sepayah manapun ranjau laluan kehidupan seorang manusia. Bagaimanalah akan hadir seorang insan ke dunia melainkan dari rahim seorang wanita bernama ibu. 

Berapakah nilai melahirkan itu jika mahu dibandingkan dengan kepayahan sebuah kehidupan?
Ramai anak yang tidak mampu melihat pengorbanan seorang ibu walaupun mereka ini manusia berakal. Hakikatnya, pengorbanan ibu tidak perlukan akal bahkan. Ia hanya perlukan perasaan dan kewarasan.
Saya tersentap membaca kata-kata Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah dalam Majmu’ Fatawa wa Rasa’il :
“Seorang ibu lebih berhak untuk senantiasa dihormati sepanjang tahun, daripada hanya satu hari saja, bahkan seorang ibu mempunyai hak terhadap anak-anaknya untuk dijaga dan dihormati serta ditaati selama bukan dalam kemaksiatan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, di setiap waktu dan tempat”.Fatwa Syaikh Utahimin ini sebenarnya berkenaan sambu…