Skip to main content

Posts

Showing posts from July 27, 2014

Aidilfitri dari jendela Ramadhan

بسم الله الرحمان الرحيم
Manifestasi taqwa di Aidilfitri



Langit Ramadhan petang itu mendung dan suram. Seolah-olah menyampaikan berita ia bakal pergi.



Sebersit kesedihan menjengah hati dan minda. Namun, saya pujuk hati dengan janji Allah untuk sebuah perayaan besar meraikan kejayaan muslim menempuh sebulan Ramadhan.

Saya bergerak bertemu seorang sahabat, Firas(bukan nama sebenar) di penjuru masjid. Mana tahu diskusi ilmu dengannya boleh menghilangkan kesedihan dan kerinduan pada hari-hari bersama Ramadhan.

“Firas sibuk? Nak tanya sedikit boleh?”

“Eh, awak.. Jemputlah duduk sekali. Firas sedang baca artikel ‘renungan menjelang Idul fitri’ ni. Tanyalah nak tanya apa?”

“Firas tidak sedih kah mahu menyambut Aidilfitri?”, saya memulakan bicara.

“Eh, Aidilfitri kan hari untuk bergembira. Hari untuk kita memanifestasikan taqwa yang dibina selama sebulan lamanya. Mengapa kita perlu bersedih?”

“Oh begitu ya? Jadi, adakah kita tidak dibenarkan bersedih pada perpisahan dengan Ramadhan?”, saya menjawab p…