Skip to main content

Posts

Showing posts from May 31, 2014

Walau susah, dengan IMAN kau mampu berubah!

بسم الله الرحمان الرحيم

Fasa kritikal membina diri

Subuh hari itu damai.

Burung-burung berterbangan bebas di luar jendela kamar. Hati terdetik, betapa bebasnya seorang hamba yang berjaya mengekang nafsu dan menerobos dirinya keluar dari kepompong dosa.
Petangnya saya bakal menduduki satu kertas peperiksaan akhir semester. Sambil menikmati kicau burung di pagi hari itu, saya bergerak membuka nota Introduction to History and Civilization.




Tiba-tiba, satu mesej masuk.
Saya segera membaca. 

Mesejnya panjang, namun ayat-ayat terakhir dari mesej itu membuat saya tercenung seketika.


"...semakin dia buat baik, semakin juga dia dekat dengan benda jahat. Dia memang ada perasaan mahu berubah. Tetapi katanya, setiap kali mahu taubat hatinya tak terasa apa-apa. Kak Zaharoh beri sedikit pencerahan ya.. Kasihan dia.."
Saya menutup semula nota yang masih tersusun rapi.

Membaca keseluruhan mesej itu membuat saya teringatkan zaman remaja saya ketika berumur 14-18 tahun lalu. Memang, ia adalah sebuah fa…