Skip to main content

Posts

Showing posts from April 30, 2014

Akhlak kita penuntut ilmu.

بسم الله الرحمان الرحيم



Pentingnya adab dan Akhlak

Saya akur, kita sering terlupa akan hal ini. 
Sekian lama kita merasakan usaha kita begitu maksima dalam mengait ilmu, kita sebenarnya diselubungi awan hitam bisikan syaitan yang bila-bila sahaja mampu menjatuhkan 'keilmuan' kita.
Bukan pada banyaknya makanan perut menjadi kenyang. Tetapi kerana nikmatnya makan, kelaparan pun pergi. Begitulah dengan ilmu. Kejahilan takkan mahu berganjak dari lubuk diri andai nikmat ilmu tidak dapat mengganti.
Saya teringat pesan seorang ulama' bernama Yusuf bin Al-Husain katanya: بالأدب تفهم العلمDengan mempelajari adab, engkau akan mudah memahami ilmu.”Menghayati kisah ini, membuat kita terpanggil untuk turut meneliti cerita Imam Malik tentang nasihat ibunya. Beliau berbercerita:
“ Dahulu, ibuku menyuruhku untuk duduk di dalam majlis ilmu bersama Robi’ah Ibnu Abi ‘Abdirrahman. Beliau seorang pakar Feqah di kota Madinah pada zaman ibuku. Kemudian ibu berpesan kepadaku:
من أدبه قبل علمهPelajarilah …