21 October 2013

Aku bukan manusia 'malaikat'..

 بسم الله الرحمان الرحيم


Life is an ATTITUDE

Hanya di Teratak maya ini aku mampu menumpahkan 'semua'nya walau bukan 'segala'nya. Untuk insan yang memahami hati ini, dia akan memahamiku lebih dari apa yang aku tuliskan..

Benar kawan, kehidupan ini memang begini.. 

Ia perlukan kekuatan jiwa yang luar biasa. Hidup memerlukan kehebatan dan ketangkasan akal untuk membuat keputusan. Hidup memerlukan sebuah optimis yang sentiasa memberikan harapan..

Ya, itulah kehidupan. Ia berjalan selari dengan sikap kita terhadapnya.

Ketika kita 'tension' dengan peperiksaan yang menanti, ditambah pula assigment bertimbun-timbun.. Kita sebenarnya membina sebuah lubuk kehidupan dengan segala timbunan 'tension' di dalamnya.

Ketika kita terbeban dengan amanah jawatan dan pembelajaran, apatahlagi bila kita dikejar dengan dateline program yang kian mendekat.. kita mula gelabah dengan bebanan yang tak tertimpa.

Ya, kehidupan adalah sebuah BEBANAN untuk mereka yang merasa TERBEBAN.

Sakit.

Kata teman bilikku ketika minggu pertama di tahun satu dahulu: 'sakit ini, aku yang rasa. Kau tidak akan memahaminya kerana kau tidak merasa!'

Benar kawan, orang yang tidak sakit juga akan sakit bila dia merasakan dirinya SAKIT.

Life is an attitude. Hidup, adalah sebuah sikap.


Aku bukan manusia 'malaikat'

Kawan, kalian jangan salah faham.

Aku bukan manusia 'malaikat' tanpa dosa yang sentiasa dibanjiri rasa damai dalam jiwa. 

Aku bukan manusia 'malaikat' yang tidak punya perasaan gementar mendepani peperiksaan dan terhimpit dengan timbunan assigment

Aku bukan manusia 'malaikat' yang tidak punya rasa sedih, duka mahupun terbeban dengan segenap amanah yang tergalas di bahuku.

Sungguh, aku juga manusia biasa seperti kalian dan bukannya manusia 'malaikat'. Aku juga punya rasa dan deria untuk tahu apa itu erti sakit dan perit dicucuk duri-duri dugaan di sepanjang laluan kehidupan.

Aku juga pernah merasa apa yang kalian rasa.

Cuma satu hal.

Kita ini, dicipta pada sebuah sistem bernama masa dan kita bukan hambanya. Sedangkan, kita adalah hamba kepada pencipta masa, Allah.

Mengingat hal ini, aku selalu menegur diri sendiri. Monologku selalu berperang dan berkata:

"Duhai diri, kau bukannya hamba kehidupan. Kau itu, hamba Tuhan! Sungguh, hidupmu ini bukan untuk membebankan. Bahkan, hidup adalah hadiah dari pencipta masa kepada manusia. Hadiah untuk aku dari Tuhan!"

Aku juga selalu mengulang-ulang pesan bonda yang berkongsi perkataan Al-Marudzi rahimahullah: "Aku pernah bertanya kepada Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, “Bagaimana keadaanmu pagi ini?”. 

Maka beliau menjawab, “Bagaimanakah keadaan seorang hamba yang Rabbnya senantiasa menuntutnya untuk menunaikan kewajiban-kewajiban. Nabinya juga menuntut dirinya untuk mengerjakan Sunnah (tuntunan)nya. Begitu pula, dua malaikat yang menuntutnya untuk memperbaiki amalan...

Sementara itu, hawa nafsu menuntut dirinya untuk memperturutkan kemahuannya. Iblis mengajaknya untuk melakukan berbagai perbuatan keji.
Malaikat maut juga menunggu-nunggu untuk mencabut nyawanya. Dan di sisi yang lain, anak dan istrinya pun menuntut untuk diberikan nafkah?!”

(Lihat kitab Aina Nahnu min Akhlaaqis Salaf, hal. 19).

Satu hal, sistem masa ini akan terus berjalan sehinggalah aku dan kalian menuju detik 'hadiah' ini dihentikan.

Zahra'7|photogalery :-)

Sungguh ajaib urusan mukmin itu!
Hanya mukmin yang akan meyakini bahawa dirinya bakal terputus dari hadiah 'kehidupan' kemudian menuju akhirat. Walaupun dia bukan manusia 'malaikat', dia akan menempatkan dirinya sebagai manusia mukmin.

Atas kesedaran itulah aku tidak suka men'tension'kan dan membebankan diri dengan kata-kata 'tension' dan 'stress'.

Aku lebih suka menggunakan perkataan 'tak mengapa'.. Kerana aku mahu menikmati keajaiban untuk mukmin.

Tak mengapa kawan, bukankah selama 21 kau hidup ini sudah banyak peperiksaan yang kau tempuhi? Dan, kau berjaya melaluinya dengan segenap usahamu.

Tak mengapa kawan, bukankah sakit yang kau alami itu membuat kau merintih mnuju Tuhan? Bukankah Dia sedang mencuci dosa-dosamu(insyaAllah) dengan sakitmu itu?

Tak mengapa kawan, kita langsaikan urusan ini bersama-sama. Apa yang penting? 'KERJASAMA'. Program dan gerak kerja kita yang kecil ini, semoga ia menjadi hujjah kita ketika di hadapan Allah nanti.

Tak mengapa kawan..
Bertenanglah . Dalam ketenangan kau akan keluar dari kekusutan dan temui penyelesaian.

Tak mengapa kawan, sabarmu bersama usaha menuju puncak kejayaan akan Allah hitung sebagai amalan pemberat timbangan. Bahkan Ali bin Abi Thalib radhiyallahu’anhu juga pernah mengakui hebatnya cabaran sebuah kehidupan, dalam nada nasihatnya kepada kita:
“Jadilah kalian anak-anak akhirat, dan jangan menjadi anak-anak dunia.
Sesungguhnya hari ini yang ada hanyalah amalan dan belum ada perhitungan amalan hamba, sedangkan esok di akhirat.. yang ada adalah hisab dan tidak ada lagi waktu untuk beramal.”
(HR. Al-Bukhari secara mu’allaq)
Tak mengapa kawan dan sahabat....
Dukamu akan diganti dengan gembira, seperti bergantinya mentari dengan bintang.. ketika kau memahami pujukan tulus dari insan mulia bernama Muhammad Shollallahu 'alaihi wasallam:
عجبا لأمر المؤمن إن أمره كله خير
Betapa ajaibnya uurusan mukmin itu kerana sesungguhnya setiap perkara baginya ada kebaikan..
 وليس ذاك لأحد إلا للمؤمن ؛
Dan tidaklah berlaku hal ini melainkan semata-mata kepada orang mukmin..
 إن أصابته سرّاء شكر ؛ فكان خيراً له
 Jika dia dilimpahi bahagia, lalu dia bersyukur dan hal itu baik baginya..

 وإن أصابته ضرّاء صبر ؛ فكان خيراً له
Dan sekiranya dia ditimpa susah, lalu dia bersabar dan hal itu juga baik baginya..
(HR Muslim)


Zaharoh Fajar Nina
Mahallah Hafsah, UIAM Gombak
16 Zulhijjah 1434H | 21 Okt 2013
6:32pm
--------------------------
* Esok exam Usul Fiqh. Biasa, time exam mesti gatal tangan nak menulis :-) Doakan saya... Alhamdulillah, lepas menulis baru semangat nak sambung study..

19 October 2013

Kita yang teruji dan diuji..

 بسم الله الرحمان الرحيم



Pemuda kahfi, mereka juga diuji. Kemudian Allah teguhkan hati mereka..

"Aku diuji kau tahu!"

"Iya kawan, kau ingat cuma dirimu diuji? Semua orang diuji!"

Dia diam.

Walau sebenarnya aku tahu, ujian Allah untuk dirinya sangat besar melebihi ujian Allah untuk diriku. Aku kenal dia. Dia memang sangat baik dan taat melakukan perintah Allah.

Sikapnya yang lemah lembut, tutur katanya yang jarang menyakitkan hati manusia, maka ujan untuk orang sepertinya pasti lebih hebat. 

Ah, aku sering ditemukan dengan orang-orang yang hebat diuji. Ujian mereka, benar-benar menguji percaya, iman, dan yakin. Semuanya berkaitan TAUHID. Yah, itulah ujian yang benar-benar ujian. Ia berkait Syurga dan Neraka!

Sungguh, semua ini bukan ujian main-main.


Seorang adik hampir 'Murtad'

Seorang adik, pernah bermimpi dirinya murtad. Kemudian mimpi itu berulang-ulang dalam tidurnya selama enam-tujuh bulan. Sehingga akhirnya dia menganggap mimpi itu wahyu yang benar untuk dirinya. 

Bukan perasan, tetapi aku akui adik ini memang 'suci'. 

Semenjak tingkatan satu dia tidak pernah tinggal tahajjud, tidak pernah juga tinggal ayat kursi sebelum tidur kecuali satu hari. Solat sunat Dhuha dan rawatib? Jangan ditanya. Memang aku tidak pernah lihat dia tinggalkan.

Alhamdulillah, hasil beberapa konsultasinya denganku selaku senior tingkatan lima ketika itu 'penyakit' mimpinya telah terubat. Dengan bantuan beberapa orang guru dan ustaz-ustaz di MMAS ketika itu, gangguan yang hampir mencabut aqidahnya itu, terselamat. 

Alhamdulillah.

Itulah aku. 

Memang aku tidak sebaik adik ini. 

Tahajjudku sahaja, selalu aku cutikan. 

Jangan sebut tahajjud yang mencabar itu, kadang-kadang Al-quran pun aku masih mujahadah mengkonsistenkan.

Tetapi aku bersyukur, Allah lorongkan kepadaku 'kes' adik yang hampir murtad hanya kerana mimpi ini untuk aku muhasabah.

Betapa, aqidah itu tonggak kepada ibadah.


Seorang lelaki yang teruji

"Akak sengaja ceritakan kisah ini pada Zahra",
kak Syida merenung tepat ke dalam anak mataku kemudian mata beningnya ditutup rapat. Sereantak, dia menggenggam tanganku seolah mencari kekuatan.

"Ceritalah akak..", 

Aku berkata sepatah mendorongnya dan menyalurkan sedikit kekuatan. Aku dapat rasakan, ceritanya berat untuk diluah sakit untuk ditelan.



"Abah akak..", kak Syida berhenti sebentar. Mencari kekuatan mungkin.


"Abah akak selalu mengubat orang kena rasuk. Entah macamana suatu hari, abah akak didatangi seoraang lelaki. Lelaki itu bawa sehelai daun pokok rambutan. Depan abah akak, dia baca mantera apa entah tiba-tiba daun tu berubah jadi duit!"

"Err.. biar betul akak. Macam drama Melayu saja.."


"Ya. Memang macam drama. Tetapi, kalau tongkat ahli siir nabi Musa boleh berubah menjadi ular kecil.. Apakah mustahil daun zaman moden berubah menjadi duit?", kak Syida menyoalku tanpa mengharapkan jawapan.

"Erm.. betul akak. Abi pernah cakap pada Zahra, Iblis zaman nabi Adam dahulu pun masih ada sampai sekarang. Kan mereka minta pada Allah agar tidak dimatikan sehingga tiba hari kiamat. Maksudnya, zampai sekarang Iblis zaman nabi Musa itu masih hidup..",  Aku menambah sambil mengiakan.


"Betul Zahra.. Sebenarnya, akak bukannya mahu fokuskan cerita abah tu. Tapi akak mahu katakan yang.. kita semua teruji.

Dan abah akak, dia adalah lelaki yang teruji. Macam Zahra tahu, akak anak sulung dengan 7 adik-beradik masih belajar. Akak tak ambil PTPTN sebab tidak mahu berhutang dan terkena tempias walaupun debu riba.

Abah akak sudah tidak bekerja tetap. Pendapatan abah cuma dari duit berubat itu. Sebulan paling banyak pun RM 3000. Itu pun, mungkin setahun sekali dengan pendapatan begitu.

Tiba-tiba, datang pula lelaki dengan karung daun berubah duit itu. Waktu abah cerita pada akak, abah ada sebut satu perkara: 

'Syida, kalau iman abah tak kuat.. abah pasti ambil wang itu. 
Syida pun tahu abah berubat orang, kadang-kadang mereka tak bayar. Abah pun tak minta.. sebab bagi abah, rezeki kita bukan dari orang yang berubat. Rezeki mitlak dari Allah. Ada masa syaitan ambil peluang untuk rosakkan aqidah kita'..", 



Kak Syida melepaskan tanganku. Dia menghelas nafas, panjang bersama helaan itu terdengar suara kecilnya beristighfar.

Lelaki, kalian mungkin lebih mengerti. Kerana kalian lelaki, pasti kalian menyedari bahawa lelaki bernama 'abah' ini adalah seorang lelaki yang benar-benar teruji..


Kisah ini untuk kita

Dua kisah ini, kisah benar. Kisah yang saya lalui dan dengar sendiri.

Ya, itu baru kisah yang saya tahu. Baru kisah yang kita tahu. Masih ada kisah-kisah ujian yang kita belum tahu.

Di dalam surah Al-kahfi, ada kisah anak-anak muda yang mempertahankan iman mereka demi sebuah 'TAUHID'.

Mereka diuji dengan pemimpin yang zalim.

Kita?

Ya, kita ini anak muda dan diuji dengan hati dan perasaan. Memang itu ujian untuk kita.  Dan masa muda, memang ini ujiannya.

Begitulah pesan ustazah saya ketika saya di tingkatan 6 dahulu.

Ujian hati dan perasaan, memang membuat manusia mendekat kepada Tuhan. Kerana Tuhan cintakan kita.

Dr Khalida Abu Syadi dalam buku beliau bertajuk 'Kerana itu aku mencintai Tuhanku' menukilkan:


"Tuhan mengujimu untuk mengangkat darjatmu di syurga, kerana Dia mencintaimu!

Ia mengujimu agar kau sedar dari gelumang dosa-dosamu lantas kau kembali bertaubat kepadaTuhanmu, kerana Dia mencintaimu!"

Benar kawan, ujian hati dan perasaan nyata membebankan jiwa. 

Terkadang kita menjerit tanpa ada yang mendengar kecuali Allah. Kadang kita meminta tanpa kita tahu di mana hujungnya, kecuali jika Allah menunjukkan hujung penantian kita dengan pemakbulan dari-Nya.

Ketahulilah, masa muda kita memang teruji. Segala yang mampu di'klik' semudah hujung jari memang menguji takut kita kepada Allah pada detik kita bersendiri.

Di hadapan manusia ramai, kita mampu berlagak 'baik'. Tetapi bagaimana kita di saat kelam malam menutupi siang? Bagaimana kita di saat tiada manusia memuji lagi? Bagaimana kita pada detik seluruh manusia mencemuh kita?

Masihkah kita kuat?

Kita memang diuji. Kerana Allah cintakan kita..

Kerana Allah cintakan kita..



~ Zaharoh Fajar Nina| 19/10/2013 | 9:20pm | API UMKL ~

14 October 2013

Sunnah sebelum solat hari raya Aidiladha..


بسم الله الرحمان الرحيم

Saya sentiasa tersenyum mengingat cerita ummi sejak saya kecil.. :

" Esok, mahu solat raya pakai baju paling bagus!"
" Esok, jangan makan dulu. Semua siap-siap ke mesjid. Balik dari masjid, baru makan.. "
"Sebelum subuh, mandi siap-siap.. Kalau di Indonesia dulu, Aki sering bawa ummi ke tanah lapang solat raya.. Tapi di sini tak ada.."

Dahulu, saya cuma menganggap semua itu arahan dari ummi. Rupanya tidak. Ia adalah anjuran dari Rasulullah s.a.w. Bila saya besar, saya semakin mengerti. Bicara seorang ibu yang solehah itu, bukan untuk mengagungkan dirinya, bahkan untuk si anak mengagungkan Allah dan Rasulnya.

:-)

Okeh, kita masuk tajuk ya..



Sunnah-Sunnah Sebelum Solat Aidiladha


1. Mandi Dahulu Sebelum Shalat hari raya.

Diriwayatkan dari Nafi’ bahwa Abdullah Ibnu Umar radhiallahu anhuma mandi pada Hari raya sebelum berangkat.
 
Dalil yang paling kuat tentang kesunahan mandi di 2 hari raya adalah riwayat dari Al-Baihaqi melalui asy-Syafi’i tentang seseorang yang pernah bertanya kepada Ali ra tentang mandi, ia menjawab:
“Mandilah setiap hari jika engkau mengehendakinya.” Kata orang itu, ”Bukan itu yang kumaksud, tapi mandi yang memang mandi (dianjurkan).

Ali menjawab , ”Hari Jum’at, Hari Arafah, Hari Nahr dan hari Fithri
Ibnu Qudamah mengatakan bahwa karena hari Ied adalah hari berkumpulnya kaum muslimin untuk shalat, maka ia disunnahkan untuk mandi sebagaimana hari Jum’at.

2. Disunnahkan Memakai Minyak Wangi (bagi laki-laki) dan Bersiwak (gosok gigi).

Sebagaimana hal ini dianjurkan ketika mendatangi shalat Jum’at, yaitu berdasarkan hadits Ibnu Abbas Nabi saw telah bersabda pada suatu hari Jum’at:
“Sesungguhnya hari ini adalah hari Ied yang telah ditetapkan oleh Allah untuk orang-orang Islam, maka barang siapa yang mendatangi Jum’at hendaknya ia mandi, jika ia memiliki minyak wangi maka hendaknya ia mengolesinya, dan hendaknya kalian semua bersiwak.” (HR Ibnu Majah).

3. Mengenakan Pakaian yang Paling Bagus.

Pakailah pakainan yang paling bagus, namun bukan yang terbuat dari kain sutera. Berdasarkan hadits Ibnu Umar ra ia berkata:
“Umar mengambil sebuah jubah dari sutera yang dibeli dari pasar, kemudian ia membawanya kepada Rasulullah saw dan berkata
“Wahai Rasulullah berhiaslah Anda dengan mengenakan ini ketika Ied dan ketika menjadi duta."

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,” Pakaian ini hanya untuk orang yang tidak punya bagian (di akhirat, maksudnya orang kafir, ).” (Muttafaq alaih).

4. Disunnahkan Makan setelah Selesai Shalat ‘Iedul Adha.

Sebelum melakukan shalat Iedul fithri dianjurkan agar makan kurma terlebih dahulu, dan lebih utama jika dalam jumlah ganjil, sedangkan dalam shalat Iedul adha sebaliknya tidak dianjurkan makan dulu.

Diriwayatkan dari Buraidah radhiallahu anhu:
“ Rasulullah tidak keluar pada hari Iedul fithri sebelum makan, dan tidak makan pada hari Iedul adha hingga beliau menyembelih qurban.”(HR Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

5. Berjalan kaki dengan tenang dan khusyu’ menuju tempat shalat.


Diriwayatkan dari Ibnu Umar radhiallahu anhuma ia berkata:
“Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam biasa keluar menuju shalat ‘Ied dengan berjalan kaki dan pulang dengan berjalan kaki.(HR. Ibnu Majah).

6. Disunnahkan Shalat ‘Ied di Tanah lapang.

Dari Abu Sa’id al-Khudri radhiallahu 'anhu berkata:

”Bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam keluar pada hari Iedul Adha dan Iedul fithri menuju lapangan, dan yang pertama beliau lakukan adalah shalat (shalat Ied).

Setelah selesai shalat dan memberi salam, baginda berdiri menghadap ke (arah) orang-orang yang masih duduk di tempat shalat mereka masing-masing.

Jika baginda mempunyai hajat yang ingin disampaikan, baginda tuturkannya kepada orang-orang ataupun ada keperluan lain, maka baginda akan membuat perintah kepada kaum muslimin.

Baginda pernah bersabda dalam salah satu khutbahnya pada Hari Raya:

Bersedekahlah kamu! Bersedekahlah! Bersedekahlah! Kebanyakan yang memberi sedekah adalah kaum wanita. Kemudian baginda beranjak pergi. (Muttafaq alaih)

7. Dianjurkan agar berbeda jalan ketika berangkat dan pulang shalat ‘Ied.

Sebagaimana hadits Jabir radhiallahu 'anhu ia berkata:
“Adalah Rasulullah saw ketika di hari ‘Ied berbeda jalan (ketika berangkat dan pulang).”(HR. Bukhari)

8. Bertakbir Ketika Berangkat Dengan Lantang.

Disunahkan mengumandangkan takbir sejak tenggelamnya matahari pada malam hari raya, dan takbir ini dijadikan kesepakatan oleh empat mazhab (Mahzab Hanafi, Syafi’i, Maliki dan Hanbali) bahkan sebagian ulama ada yang mewajibkannya berdasarkan firman Allah Swt:
“Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.” (QS. Al-Baqarah: 185)

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa bergerak  menunaikan sholat pada hari raya , lalu beliau bertakbir sampai tiba tempat pelaksanaan sholat, bahkan sampai sholat akan dilaksanakan. 

Dalam hadits ini terkandung dalil disyari’atkannya takbir dengan suara lantang selama perjalanan menuju ke tempat pelaksanaan sholat. Tidak disyari’atkan takbir dengan suara keras yang dilakukan bersama-sama.

Ibnu Mas’ud mengatakan bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam mengucapkan:
Allaahu Akbar, Allaahu Akbar Laa Ilaaha Ilallaah Wallaahu Akbar
Allaahu Akbar Walillaahil Hamd .

Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Allah, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, dan hanya bagi Allahlah segala pujian.”
Beliau mengucapkan takbir ini di mesjid, di rumah dan di jalan-jalan. (HR. Mushanaf Abi Syaibah)

 
9. Tidak Melakukan Shalat Sunnat Sebelum Shalat ‘Ied.

Dari Abi Sa’id Al-Khudri ra berkata:
“Bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam tidak mendirikan shalat apapun sebelum ied dan apabila telah kembali ke rumah maka Beliau mendirikan shalat dua rakaat.” (HR. Ibnu Majah).

Shalat di rumah ini dimungkinkan shalat dhuha sedangkan makna hadist di atas bahwa Nabi tidak shalat sebelum Ied, karena shalat ied ketika itu diselenggarakan di lapangan sehingga tidak ada shalat tahiyatul masjid. Sedangkan jika diadakan di Masjid, maka disunahkan shalat tahiyatul Masjid.

 
Taqobbalallahu minna wa minkum :-)


PERHATIAN

10. Tidak Ada Adzan dan Iqamat Dalam Shalat ‘Ied.

Berdasarkan pada hadits Jabir bin Samurah ia berkata:”
Aku shalat ‘Ied bersama Rasulullah saw bukan sekali dua kali dengan tanpa adzan dan iqamah.”(HR Muslim).

11. Para Wanita Harus Memakai Pakaian menutup aurat. Wanita Haidh juga digalakkan bersama mendengar khutbah.

Hadits dari Ummu Athiyah ia berkata;
“Bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam memerintahkan kami keluar di Hari Raya Fithri dan Adha. Anak-anak perempuan yang telah mendekati baligh dan para gadis, beliau memerintahkan agar yang sedang haidh menjauh dari tempat shalat. Dan hendaklah mereka menyaksikan kebaikan dan da’wah muslimin.

Aku (Ummi ‘Athiyah) katakan: “Ya Rasulullah, salah satu dari kami tidak ada jilbab? Beliau menjawab: Agar saudarinya memakaikan padanya dari (salah satu) jilbabnya.” (HR Muslim).

-------------------------

copy paste dari :
Facebook Muslim.or.id

09 October 2013

Untukmu yang 'ingin kembali'...

بسم الله الرحمان الرحيم


Debu dunia dan daki-daki dosa

Benar, hari-hari kita penuh dengan daki-daki dosa.

Selangkah kita bergerak, sebuah pandangan kita lemparkan kepada bukan mahram. Senafas kita hirup, terlupa pula memuji Tuhan. Semerbak haruman indah di benak, kita terkhayalkan nikmat dunia. 

Secubit garam memasinkan lidah, kita hanya tahu mengutuk dan mencela. Terlupa bahawa nikmat masin itu tercabut dari diri orang lumpuh lidah. Sepatah kata mengalir dari bibir, jarang kita fikirkan apakah ia perlu untuk penanda baiknya iman kita.

Bahkan sering, ada manusia memuji geraak kerja kita. Ada manusia mengagumi keindahan paras wajah kita. Ada manusia teruja dengan kebijaksanaan kita.. Apakah mengalir sepatah kata "SUBHANALLAH", pensucian kepad Allah yang memiliki segala isi dunia termasuk diri kita?

Aduh, kita ini benar-benar lupa diri!

Umpama seseorang yang tidak mandi seharian. Sedangkan dia meredah denai dan menempuh debu kota. Pasti ada daki-daki yang terpalit pada diri dan pakaiannya. Semakin lama tubuhnya tidak dialirkan air dan dibersihkan dengan sabun wangi, semakin pula tubuhnya melekit dek daki-daki yang kian menebal.

Begitulah hati kita yang sentiasa diselubungi debu dan asap dunia. Andai tidak diendahkan, daki-daki yang melekat akan kian tebal dan membawa penyakit. Jangan sampai sakit itu tidak layak diubat. Cepat, carilah penawarnya!


Merasa baik , tandanya kau tidak baik!

Kata-kata ini, membuat saya kembali mencari entri tertangguh ini.

Sebuah entri bertajuk "Untukmu yang ingin kembali", saya buka. Cuma ada tajuk, sedangkan ruangan isi masih putih bersih, kosong.

Beberapa waktu yang agak lama saya tinggalkan entri ini kerana merasa tidak ada keperluan dengannya. Saya merasa, hal dakwah lebih utama dan mungkin saya sudah cukup baik untuk memohon ampun dengan sekadar istighfar.

Saya silap besar.

Penulisan Ust Pahrol Juoi di dindingg facebook menyentap jiwa saya:

"Sebaik sahaja merasa kita baik... kita belum baik!"
Benar, saya telah berdosa kerana merasa tidak berdosa.

Penulisan, adalah sebahagian kehidupan saya. Sebahagian diri saya.  Kalau baik penulisan saya, bukan kerana saya mahu menyampaikan dan menasihati orang lain semata-mata. Sebenarnya itulah harapan saya, itulah impian saya. 

Cuma, kerana saya tidak mampu merealisasikannya lagi. Maka, saya tuliskannya.. Kerana, cuma dengan susunan aksaralah saya mampu menjadkannya nyata.

Penulisan dan persoalan. 

Dua hal yang penyumbang rasa berdosa dalam diri saya.

Iyalah, sebanyak-banyak saya menulis mana tahu ada yang tersinggung dan ada pula yang tidak saya amalkan. Betapa aibnya diri kita jika berterusan begitu.

Ini hal saya. Bukan kerana mahu menjaja satu dunia soal diri, tetapi kerana itulah yag terdekat untuk saya rungkaikan.

Siapapun kita, pasti ada sebab-sebab yang membuat kita merasa berdosa. Saya juga, bukan hanya hal ini yang membuat saya berdosa. Pastilah banyak dosa lain yang turut patut saya kesalkan.

Sudahlah, usah ceritakan dosa kita kepada manusia. Fokus kita kini, kembali menuju Ilahi.

kau renung alam yang terbentang, gema panggilan Tuhan tak pernah jemu memanggilmu.. Kembalilah!


Dua bulan saya kuburkan persoalan itu

" Kak zahra, saya ada satu permintaan. Boleh tak akak buat satu entri tentang taubat dan kembali kepada fitrah seseorang?"

Ya Allah, berdosanya saya yang telah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang muslim dalam memberi nasihat kepada muslim lain ketika dipinta!

Dua bulan saya berdosa kerana mengabaikan soalan darinya.

Saya teringatkan sebab diturunkan surah Abasa. Abdullah Bin Ummi Maktum, seorang sahabat yang buta datang kepada rasulullah dan meminta:
" يَا رَسُوْلَ الله، عَلِّمْنِي مِمَّا عَلَّمَكَ اللَّهُ"

“Wahai Rasulullah, ajarkan kepadaku apa yang telah Allah ajarkan kepadamu.”

Mendengar teriakan beliau, baginda SAW berasa terganggu lalu bermasam muka dan berpaling kerana baginda ketika itu sedang bersemuka dengan pembesar-pembesar qurraisy.

Kemudian, Allah menegur Rasulullah kerana perbuatan baginda. Rasulullah ma'shum, maka teguran Allah bukanlah untuk kesalahan baginda bahkan peringatan untuk kita.

Saya terasa.

Dua bulan soalan ini terkubur, saya mahu menebusnya dengan penulisan ini. Semoga kebaaikan ini menghapus kesalahan saya yang lalu.


Untukmu yang ingin kembali

Begitulah kita, mana mugkin kita mampu kembali menuju Allah tanpa panduan Al-quran?

Nah, di sinilah kuncinya.

Pertama, Kalau kita benar-benar mahu KEMBALI (bertaubat), dari dosa-dosa kita samaada kecil atau besar.. tataplah Al-quran, fahami maksudnya, amalkan apa yang tertulis di dalam Al-quran seluruhnya.

Bagaimana mahu membuka hati yang terkunci andai kuncinya yang karat kita tidak bersihkan dahulu?

Atau, kalau perlu buatlah kunci baru yang berkilat dengan sinaran iman agar mudah hati itu terbuka.

Lihat, betapa Allah tahu betapa hamba-Nya memerlukan taubat dalam hidup kita ketika Allah mengulang-ulang firman-Nya dalam ayat yang berbeza:


~ KITA AKAN MENANG!
“Dan bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”. (an-Nuur: 31)

~ BERSEGERALAH!
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”. (Ali-Imran, 133)

~ MENGAPA MASIH TIDAK MAHU BERTAUBAT?
“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Al-Maidah, 74)

~ NEVER GIVE-UP Dear..
“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”. (az-Zumar: 53-54)

Kedua, taubat itu perlukan kesungguhan.

Ketika kita mahu bergerak menuju taubat, kadang-kadang kita kalah dengan nafsu. Ya, memang begitu sifat nafsu. Dia akan menguasai kita dan 'memijak akal' kita apabila kita mula tunduk kepadanya.

Cuma satu hal. 

Kita harus sedar akan kelemahan nafsu. Ia tidak mampu menguasai tuannya yang bermujahadah. Lebih kuat kita bermujahadah, lebih lemah nafsu dan akhirnya ia akan mula berubah menjadi seperti lembu dicucuk hidung. 

Ketika itu, kitalah manusia paling hebat kerana mampu menjinakkan nafsu. Berpuasa, itu antara mujahadah paling berkesan dan ampuh untuk menjinakkan nafsu. Dengan puasa yang mengharap redha Allah, hati mulai terdidik dan taqwa kian terbentuk.

Di saat itu, keinginan terhadap dosa mulai kendur dan syarat kedua taubat sdahpun terpatri.
 
Ketiga, Jangan pernah diulang lagi dosa itu.

Ibnul Qayyim rahimahullah pernah menyebutkan bahawa tanda-tanda diterimanya taubat seseorang dari dosa:
" Setelah bertaubat, seseorang hamba itu lebih baik dari sebelumnya.

Terus diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman dari siksa Allah walau sekelip mata.

Terlepas dari cengkaman dosa yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takutkan dosa.

Lembut hatinya setelah bertaubat dengan kelembutan yang sempurna, sehingga tunduk kepada Allah walau dalam keadaan marah dan sentiasa dalam kekhusyukan." (Lihat: Madarajus Salikin. Jld. 1) 

Memanglah, Allah tetap akan menerima taubat sebayak manapun dosa yang pernah kita buat dan ulang. Tetapi, tenangkah kita bila sering memungkiri janji taubat kepada Allah?!

Apakah kita merasa taubat diterima sedangkan kita masih mengulang dosa yang sama?!

Sudah cukup rasanya soalan dan kenyataan ini untuk kita yang ingin kembali. Ketahuilah, Syurga Allah it penuh dengan nikmat yang tak pernah dilihat mata, tak pernah didengar telinga.

Untukmu yang ingin kembali, dan benar-benar mahu kembali mengecap fitrah tanpa dosa. Ulang-ulangilah membaca entri ini. Sampai isinya menyerap dan mengalir bersama aliran darah merahmu, menyentap dan merobek rasa damaimu pada daerah dosa, menarik dan menolakmu kepada amalan berpahala.

Ketahuilah, ketika kau selangkah ingin kembali... sebenarnya Allah  sudah di sisimu menanti!

Selamat kembali.

~Zaharoh Fajar Nina| 9 okt 2013 | 04:23 ~