Skip to main content

Posts

Showing posts from July 21, 2013

Silaturrahim: ketika kita berusaha memeliharanya..

بسم الله الرحمان الرحيم
Hatiku digilap dengan silaturrahim.


Petang Jumaat itu masih cerah.
Saya pandang langit yang ditutupi sedikit awan dan biasan sinar mentari. Membawa ketenangan buat diri. Saya perasan, setiap Jumaat selalu begitu. Udaranya nyaman dan damai. Tidak tahu pula cuma di UIA begini, atau di semua tempat.
Dari tangga besar UIAM, saya bergegas menuju stesen bas Mahallah Safiyyah. Orang belum terlalu ramai. Lebih melegakan bila terlihat masih ada bangku kosong untuk diduduki.
Banyak kerja yang perlu diselesaikan hujung minggu ini. Empat muka surat hafazan al-quran, persisapan untuk peperiksaan Intro Translation dan beberapa perkara persatuan. Sesak. Tetapi saya usahakan juga ke rumah kak Syahidah atas pelawaannya.
Sebab, semakin diri meningkat usia ini nilai sebuah silaturrahim antara adik-beradik itu terasa sangat berharga. Iyalah, semakin kita besar semakin banyak pula tugasan menimpa. Bermula dari bekerja, belajar, dan rumahtangga. Semua itu telah menguras kebersamaan …