Skip to main content

Posts

Showing posts from July 17, 2013

Contengan Ramadhan: "sebenarnya, TAQWA itu apa?"

Untuk orang yang bertaqwa
Saya pandang Hafizah di sebelah kiri saya. Tiba-tiba sahaja perasaan mahu berkongsi seperti biasa datang membuak-buak.

Sambil menyentuh tangannya, mulut ini ringan melontarkan kata-kata.

Saya bersuara perlahan tapi semangat, : "Pija, tengok ayat ni. Pasal orang bertaqwa.. Subhanallah..", Hafizah merenung saya, memberi perhatian. 
Mungkin juga aneh mengapa saya tiba-tiba berhenti membaca al-quran dan terlihat bersemangat luar biasa. 

Entahlah, saya sendiri aneh. 

Sejenak saya mengamati ayat itu. 

Tiba-tiba saf pertama ruangan solat wanita masjid SHAS terasa damai luarbiasa. seolah kedengaran bicara halus menyusup kedalam rongga telinga dan membisikkan sebuah berita gembira.
Dalam damai dan tenang itu, saya menyambung bicara; "Ayat ni cerita mengenai balasan terhadap orang yang bertaqwa.." Kemudian saya bacakan maksud ayat itu satu persatu..
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini.(Mere…

Contengan ramadhan: Persahabatan dan TAQWA kita..

بسم الله الرحمان الرحيم



Ini benar-benar sebuah ukhuwwah..
Selesai membaca surah An-naba' ayat 31-37, saya pandang ke kiri. Jalidah tiada. Sebab selalunya, Jalidah akan berkata kepada saya;
"Zahra cepat. Nak dengar perkongsian dari Zahra.."Sebenarnya, saya bukan pandai sangat mahu bercakap dan mengulas sesuatu, tetapi sahabat sejati yang ikhlas itu kadangkala lebih meyakini kita berbanding diri kita sendiri.

Sebab itu, bila sering bersama dengan Jalidah, saya seolah diberi kekuatan untuk berkongsi.

Terutamanya untuk melontarkan idea-idea dan butiran mutiara yang menerpa ketika menelusuri patah kata dari Al-quran. Setiap kali melontarkan bait-bait al-quran yang mulia, kemudian mentadabbur maksudnya, satu demi satu kisah kehidupan terasa dirungkai.

Tetapi, kadang-kadang saya mengelak juga.
"Jalidah, ana bukan faham betul sangat pun. Takut tersalah pula..",  Dan, selalunya, Jalidah akan mendesak. Memberi harapan dan menghargai saya seadanya.
"Zahra, ana pun macam Zah…