Skip to main content

Posts

Showing posts from July 10, 2013

Contengan Ramadhan: Bezakah semalam dan hari ini?

بسم الله الرحمان الرحيم


Sahur 1 Ramadhan
Kisah tersilap jam waktu bersahur terjadi lagi. Kawan bilik bi Oya(adik ke 9 ummi) beritahu subuh masuk jam 5.57. Saya dan bi Oya masih relax makan-makan sampai tiba-tiba bi Oya tengok dalam jadual, rupanya subuh masuk jam 5.47 pagi. Saya lihat jam, 5.40 pagi. Cepat!!
Alhamdulillah, lepas sahaja minum air untuk tegukan terakhir, kedengaran azan dari seluruh pelusuk bumi UIAM. Yah, ini memang benar-benar menta'khirkan sahur. Islam itu bukan agama yang menyusahkan. Islam sangat memahami dan dengan sifatnya yang muruunah ia sesuai dalam keadaan yang pelbagai.
Atas sebab ini, kita sewajarnya tidak menyusahkan diri dengan menyekat diri untuk makan dan minum sebelum tiba waktu subuh. Rasulullah pernah bersabda mengenai waktu sahur:
kata A'ishah yang Allah redha ke atasnya: “Sesungguh Bilal azan pada waktu malam (azan pertama Subuh, sebelum masuk waktu). Maka Rasulullah s.a.w pun bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Ummi Maktum azan, kerana b…

Contengan Ramadhan: kisah malam pertama..

بسم الله الرحمان الرحيم
Kisah pertemuan di masjid SHAS
"Sis, ambil bahasa arab ke?", satu suara menyapa lembut. Aku menoleh, sambil tangan cepat mencoret pengisan dari Syeikh Said. Suasana masjid SHAH yang bingit dengan suara lautan manusia di dalamnya sedikit mengganggu fokusku mencatat.
"ah.. ha'ah,. ya..", aku sampai terlupa apa yang diatanyakan gadis berkacamata di sebelah . Sambil tersenyum, aku mengalihkan semula pandangan ke hadapan dan mencari semula fokus untuk menghayati tazkirah ringkas yang aku cari-cari dan tunggu selama ini.
Tanganku terus bergerak menuliskan butir-butir mutiara yang dilontarkan oleh Syeikh Said dalam bahasa arab itu. Sesekali hati sebak menerima nasihat yang mengalir lembut membasahi celahan hati yang hampir kering ini.
"maaf ya, suka tengok sis salin dalam bahasa arab ni..", sekali lagi, suara halus di sebelah saya menyapa. Aku mengalihkan pandangan samil tersenyum kepadanya.
Gadis tadi membalas senyuman saya sambil bertanya,…