Skip to main content

Posts

Showing posts from July 4, 2013

Aku lelah dengan dosa.

catatan hati Mufidah Annisa..

Entah apa perasaan ini.

Sebuah perasaan galau yang hadir setelah lama aku tak laluinya. aku melihat dunia. Aku melihat kerosakan dan parahnya umat. tapi entah, aku tak mampu untuk bergerak. kaki terasa kaku dipasung resah.

Hidupku hanyalah sebuah aliran nafas yang kosong, kosong. aku kesal dengan kekosongan itu. tapi aku kelu sendiri.

Ya Allah, benarlah dunia benar-benar sebuah penjara untuk seorang mukmin. aku terasa dipenjara dengan dosa dan salahku sendiri. dan aku, tidak tahu apa dosaku!

aku terasa dimomokkan dengan penjara kekal yang menghalang aku dari pulang ke kampung halamanku, syurga.

Aku mengenal orang-orang soleh. Aku suka perhatikan mereka, dari jauh. ya, cuma dari jauh. Aku takut mendekat, risau aku cuma najis yang merobek kesucian mereka.

ya Allah, aku benar-benar tak setanding mereka. padahal aku pengin seperti mereka. mulia dan dimuliakan kerana iman yang ada dlam diri mereka.

hati meronta, menjerit, memasakkan tekanan dalam jiwa yang me…