Skip to main content

Posts

Showing posts from February 9, 2013

(",) hati-hati!

بسم الله الرحمان الرحيم
Mahu tidur awal. Bangun awal.
Saya mahu kuat. Luar dan dalam. Harus cari yang kuat juga. Yang paling kuat, Al-qawiy!
---------------------------
Perancangan yang tersusun. Saya bukan terlalu begitu. Saya dari dahulu sampai kini hanya begini. Dalam diri, ada perkara yang boleh diubah, dan ada yang tidak.
Yang ini, tidak dapat.
Bukan putus asa, tetapi menyuntik selesa. Syukur. 
---------------------------
Berdoa dan berdoa. Itu juga usaha. Hanya saja dari sudut yang berbeza.  Biar manusia nampak macam sekadar menyerah.  Allah lebih tahu nilai hati dan diri.
Dia yang mencipta, Dia juga yang tahu segala hati. Tidak perlu saya uar-uarkan di sini. Dia sudah tahu apa terbungkam di hati. Dia kan Al-aliim(yang maha tahu).
Tauhid itu, menyerahkan diri pada-Nya. Tauhid itu, permunian ibadah kepada-Nya. Ingat itu! Kalau kamu tahu dia maha tahu, tetapi kamu masih lengah menemuinya, Kau sedang bermain api! HATI-HATI!
Sekian.

Takut.. Harap..

بسم الله الرحمان الرحيم
Hari ini, saya cuba buka dua blog dari rakan blogger saya http://hafizulfaiz.com/ dan http://lukhmantaib.hadithuna.com/.
Tiba-tiba rindukan blogwalking macam dahulu. Tetapi, hampa. Kedua-duanya tidak boleh dibuka. Entah mereka sedang perbaiki website atau apa. Saya kurang pasti.
Tiba-tiba, kerisauan menerjah. Jangan-jangan server rosak?
Saya membayangkan. Kalau ini juga terjadi kepada blogger.com, saya sungguh kecewa. Bagi orang lain, mungkin tidak mengapa. Tetapi tidak saya.
Untuk saya, penulisan seolah nyawa. Penulisan juga seolah kehidupan. Saya membina diri, keyakinan, percaya dan harap melalui bidang ini. Dan semuanya bermula dari teratak usang ini.
Saya laluinya dengan tabah dan perjuangan. Hanya Allah saksi setiap gerakan jemari yang menghasilkan segenap entri.
Membukukan blog. Itu harapan saya. Optimis saya. Sebelum apa-apa terjadi. Doakan. Lebih banyak doa, lebih banyak barokah dan kemudahan.
Bismillah. Kuatnya dugaan di saat mahu menyambung tugas buat u…