Skip to main content

Posts

Showing posts from January 9, 2013

PELIT : mencari diri..

بسم الله الرحمان الرحيم
Selesai kelas, aku sambung ke kelas seterusnya. Ustaz Nashruddin buat murajaah berkenaan semua hadis yang telah kami pelajari. Innamal a’malu binniyat!

Aku tersentap.
Memang, semua amalan bermula dengan niat.
Dan niatlah yang akan menentukan seberapa nilainya amalan kita. Sebab itu dalam hadis ini, ‘a’mal di awalkan. Ini catatan dahulu. Aku rindu.


Mencari diri

Aku sendiri, kehilangan 'diri' aku yang dahulu. Walaupun aku tetap aku, tetapi hati itu seolah sudah berpaling arah. Hamasah dahulu yang aku perjuangkan, seolah terkubur dek umur yang berlalu. Sungguh dan sungguh aku rindu.

Begitu sahaja. Kalau ALLAH mahu tarik nikmat himmah yang kita pernah rasa. Kosong.

Aku lihat kenderaan bertali arus, cermin pandang belakang itu ada gunanya. Saat seperti inilah, aku perlukan cermin pandang belakang itu. Lama aku terhenti langkah. Istighfar dan istighfar. Kupejam mata. Melihat masa lalu yang indah dan hampir sempurna.

Aku, melihat aku yang dulu.

Aku paling ke …