31 December 2012

Untuk yang terakhir.. (311212)

 بسم الله الرحمان الرحيم

Hari ini 31 Disember 2012

Sendiri dinihari menambah seri hati..

 
31.12.12.
Ada apa hari ini? Tiada apa. Biasa-biasa sahaja sebenarnya.

Cuma, di dalam dewan peperiksaan Foyer 3 CAC yang memuatkan lebih 300 calon sebentar tadi, saya terpanggil untuk menuliskan sesuatu.

Terkadang sesuatu itu nampak remeh dan biasa-biasa. Tetapi, saya suka untuk menuliskannya. Sebab, saya ini jenis cepat lupa.(err.. bukan nyanyuk..) cumanya, sebab terlalu banyak perkara yang difikirkan, saya jadi cepat hilang fokus. Antara cara yang paling efektif untuk saya terus ingat apa pun pelajaran dari universiti kehidupan , saya paksakan diri untuk menuliskannya (baca: paksa). Maksudnya, menulis ini bukanlah perkara yang mudah. Sekalipun menulis kisah 'sendiri'. Sangat perlu kepada mujahadah.

Tambahan pula, jika di'pancing' soal niat. Memang inilah antara perkara yang membuat saya 'type' dan 'delete' berulang-ulang kali. NIAT.

Bismillah, semoga ada manfaat dan tetap memelihara TAQWA. Saya mulakan.



Kisah hari ini,

jam 3.40 pagi..

Hari saya bermula jam 3.40 pagi hari ini. Bersendiri di saat orang lain tidur mengayam mimpi, sungguh indah. Saya tahu, ada beribu bahkan berjuta lagi insan lain yang sedang terjaga di saat ini. Mereka itu ada yang berada di Malaysia, Filipina, Thailand, Australia, Zimbabwe, Mesir, Syria, Palestin, Makkah dan Madinah serta di seluruh pelusuk alam tuhan yang terbentang buat manusia. Dan, pasti mereka bangun untuk urusan bertemu sang pencipta juga..

Perasaan ini, sungguh berbeza dari hari-hari dan waktu-waktu biasa. Berbeza jika dibandingkan bersendiri di waktu siang yang menyibukkan manusia dengan urusan dunia mereka. Serentak, saya teringat surah al-muzzammil.. Shodaqallah, maka benarlah apa yang termaktub di dalam kitab suci itu.

Saat begini, terlalu damai...sukar digambarkan.. dan saya pasti merinduinya.

Saya segera membasahkan anggota wudhu'. Membuka luas-luas tingkap di sisi kanan. Bayu pagi menyeruak ke pipi dan seluruh anggota tubuh terutamanya bahagian yang saya basahkan tadi. Sejuk. Segar.

Segera saya capai kitab Al-bayaan al-muyassar susunan guru saya, Dr ma'ahad Mokhtar. Aduh, bab tasybih masih pening-pening. Bismillah, saya mulakan ulangkaji. Mengulangkaji  ilmul bayaan, sedikit memerah otak yang beku dek sejuknya angin pagi. Saya larut dalam pembacaan.

jam 5.45 pagi..

Al-quran koko terjemahan bahasa indonesia yang diwakafkan oleh mamlakah sa'udiyyah, saya keluarkan dari susunan buku yang ada. Surah as-shaffaat ayat 30 saya mulakan.. sampai pada ayat 40, saya rasa sesuatu. Melirik lembut masuk ke jiwa.

Kisah tentang 'mukhlashiin', orang-orang yang dibersihkan(dari dosa). Kemudian, kisah dan keadaan mereka di Syurga. Ada air minuman buat mereka yang berasal dari air mata syurga. Mereka didampingi bidadari yang memelihara pandangan dan jelita. Saya jadi teringat buku "agar bidadari cemburu padamu". Aduh, air bening itu memang tidak mampu ditahan lagi. Saya tenggelam di dalam 'syurga' yang tak terbayangkan..

Tiba-tiba, masuk ke ayat 51 saya terhenti sebentar. Ada kisah baru yang mahu diceritakan. Kisah salah seorang dari 'mukhlashiin' tadi, dan dia berkata:
" Aku dahulu(di dunia) punyai seorang teman..."

Ayat 55 surah as-shoffat ini, benar-benar membuat hatiku sesak. Seolah tiada ruang mahu bernafas. Bening-bening yang menitis kali ini, tetap air bening yang sama tetapi sebabnya berbeza. Kalau tadi sebab gembira, kali ini sebab gerun dan resah.

" Maka, dia (salah seorang muklashiin tadi) meninjau lalu melihat (temannya) itu di tengah-tengah neraka yang menyala-nyala.."
Jeda.
Di minda saya, terbayang-bayang nama satu persatu sahabat dekat saya. Ya, mereka sahabat saya. Bagaimana pula dengan 'teman-teman' saya?. Ruang dakwah yang masih banyak lompongnya itu, saya kesali diri. Astaghfirullah wa atuubu ilaih.

Ayat demi ayat saya tekuni lagi. Garis putih di ufuk sudah mahu menghilang. Waktu subuh kiang menjelang. Dan, ayat penutup (ayat ke 60) saya hari ini benar-benar mengejutkan.

" Sesungguhnya, ini benar-benar kemenangan yang agung..!"
Subhanallah. Maha suci ALLAH yang menjadikan rahmatnya begitu luas dan terlalu luas untuk mengumpulkan manusia sebagai sebenar-benar pemenang. Menikmati nikmat syurga, terhindar dari neraka yang menyala, dan tidak terpengaruh dari teman yang buruk. Maka, inilah sebenar-benar kemenangan!

Masya ALLAH, mengapa masih lagi kita berfikir bahawa 'dean list' itu sebuah kemenangan yang besar?. Sedangkan semua itu tidak perlu diletakkan mata padanya. Pada usaha walaupun sekecil zarah itulah, jika ia sebuah keikhlasan.. maka genggam ia erat-erat.

Semua kisah 'penyentap hati' ini saya gumpalkan di dalam sebuah puisi ringkas.


Betapa, syurga itu indah..


betapa, dunia ini rencah dan fitnah,

betapa, bungkamnya lelah,

tatkala menelusuri kisah ikhlas di sebuah lembah.

(Tadabbur surah as-shoffat : 40-60)

~Zaharoh Fajar Nina, after exam bayan, 311212~



Setiap hari itu, ujian..

Saya paksakan jemari dan memori. Menuliskan semua yang tersurat di retina mata kalian. Saya tahu, ada hati-hati yang akan membaca tulisan picisan saya. Kemudian, mendoakan saya tanpa pengetahuan saya. Dan para malaikat berkata kepadanya "untukmu juga begitu".. Dan kita akan terus berbahagia dengan doa-doa itu.
Sejenak. Setelah disiram dengan butiran dari surat cinta kita, cuba kita reflect diri sebentar. Diri kita, ibu ayah kita, kawan-kawan sekitar kita, pokok-pokok yang menghijau, langit dan awan yang memayungi setiap hari kita, burung-burung berterbangan, tanah basah dan kering di telapak kasut kita..

Bukankah semua itu juga ujian bagi kita? Exam mood yang menjadi tajuk perbincangan kita(terutama mahasiswa) belakangan ini, sebenarnya setiap hari kita lalui.

Setiap hari adalah ujian (examination) buat manusia. Solat, study, peperiksaan, masuk-keluar dewan peperiksaan, bersembang dan berjalan, makan dan minum apakah semua itu kita buat dengan baik? Jika ia bernilai ibadah, maka kita boleh tergolong dalam kalangan 'mukhlashiin' tadi.

Apakah layak kita masuk ke dewan peperiksaan untuk penentuan tingkat di syurga? Atau, kita awal-awal lagi di 'dismiss' ke neraka? (wal 'iyazubillah).

Jangan salah pula ya, study dan exam kita boleh bernilai ibadah. Asalkan kita jelas matlamat dan tidak mempertuhankan pointer. Mahu juga saya berkongsi status fb saya berkaitan perkara ini..

Bersungguh-sungguhlah!


Dengan satu kesusahan yang kau rasai, ALLAH akan rezekikan kesenangan-kesenangan yang banyak buatmu..
"Inna ma'al 'usri.. YUSRA"...

Lelah, memang lelah dan letih.

Kerana, hakikat sebuah kejayaan adalah nilai usahamu. Nilai usahamu. Bukan nilai hasil yang jelas seperti mahumu.
Bukankah kau melihat,
usaha ayah sultan Muhammad yang mahu menakluk konstantinopel itu. beberapa generasi datuknya juga pernah mencuba. Tetapi mereka tidak berhasil. apakah mereka gagal?

Tidak!

Kegagalan dan ketidakberhasilan mereka selama beberapa generasi itu, tanpa mereka sangka.. melahirkan seorang MUHAMMAD AL-FATEH setelah kematian-kematian mereka.

Tidak mengapa jika kau tidak 'dean list' seperti mereka. Pentingnya, kau harus usaha. 'Kejayaan yang ditangguhkan' itu, mungkin ALLAH beri kepada generasi keturunanmu?
Yang penting, KAU USAHA. :-)


Untuk yang terakhir..

Entri ini, untuk yang terakhir bagi tahun 2012. Semoga ALLAH nilai tulisan ini sebagai ibadah. Saya, bukanlah manusia baik, tetapi saya mahu bersama orang-orang baik. Biarlah, sekurang-kurangnya saya dapat tempias orang baik itu..

Azam tahun baru, Saya mahu settelkan azam semalam yang belum lunas.

Salam sayang buat semua. I'm really-really LOVE you all (^_^)..
Exactly! Because of ALLAH.

~311212~ 04:50pm(cepat! nanti terlepas solat asar..) 

26 December 2012

PELIT : Musafir membekal Taqwa.

بسم الله الرحمان الرحيم

PErsonal LITerature
~26 Disember 2012~

Entahlah kenapa. Sejak akhir-akhir ini aku memang tidak dapat berhenti menulis. Aku suka keadaan begini. Aku mahu terus menulis. Sebab bagi aku, menulis itu memelihara taqwa. Bagaimana? Terpulang bagaimana kamu mentafsirkan.

Cuma satu yang aku takutkan. Penulisan yang aku sangka pemberat timbangan amal, rupa-rupanya hanya debu-debu yang berterbangan! (na'uzubillah min zalik!)

Hari ini, aku musafir ke Klang pula. Aku tidak memandu, hanya duduk di belakang dan memerhati pemandu. Jam 7.30 pagi aku bersama kak Syahidah dan kak Asma serta dipandu oleh kak Fazlina, bertolak ke Klang. Rencananya, kami mahu menziarahi dua pupu Abi yang tinggal di Klang.

Musafir kali ini, membawa aku ke suatu dimensi yang damai. Di tengah kesesakan jem di sepanjang Lebuhraya Duke, aku memerhati satu-persatu kenderaan yang lalu-lalang. Kereta Audi, BMW, Alphard serta bermacam kereta lagi yang aku tidak tahu namanya. Semua kereta itu, pemandunya adalah cina. Orang melayu nampaknya masih setia dengan Proton dan Produa mereka.

Di celah aku berfikir itu, kak Fazlina bercerita kepada kami. Orang melayu, tempat mereka semuanya di bahagian kakitangan kerajaan. Sebab, minda mereka kebanyakannya minda akademik. Tidak mahu mengurus dan hanya mengikut.

Orang cina, minda management! begitu kata kak Fazlina.

Aku yakin, apa yang kak Fazlina katakan itu, berdasarkan pengalaman yang beliau ada. Bukan cakap kosong sahaja.

Menyentap jiwaku sebenarnya. Kalau 'Melayu' dikatakan minda akademik dan minda 'mengikut telunjuk' Cina, aku masih boleh terima. Masalahnya sekarang, Melayu sering dinisbahkan dengan Islam!. Nah, ini yang aku tidak dapat terima.

Sepanjang perjalanan dari Bandaraya Klag menuju Batu Belah, aku nekad. Dengan kelulusan BA arabic yang aku pegang dan sedang telusuri ini, aku mahu jadi penggerak ummah. Bukan 'budak' orang-orang Cina(baca: bukan muslim ).

Aku malu berhadapan dengan ALLAH nanti.Aku takut Allah persoalkan kepadaku. Aku tidak mahu ALLAH minta pertanggungjawaban kepada aku dan seluruh muslimin.. Tentang.. Tentang doa yang sering kita panjatkan..Doa yang aku dan kamu hafal ini..

هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا..
..kurniakan kami pasangan dang zuriat yang menjadi penyejik mata bagi kami..

dan..
JADIKANLAH KAMI KETUA BAGI MUTTAQIIN
(25:74)

"ketua bagi orang bertaqwa"..
cuba fahami benar-benar penafsiran ayat ini. Nescaya aku dan kamu tidak lagi punya waktu untuk berdiam dan ber'sepi' sendiri!

Alhamdulillah. Sgala puji bagi ALLAH. Musafirku kali ini benar-benar memberi bekalan taqwa kepadaku. Akhir kata dariku, aku sayang kalian. Sebab itu aku berkongsi dengan kalian. Biar tempat kita bertemu mungkin bukan di dunia. Kita masih ada syurga, tempat yang kekal selamanya.

Salam Imtihan buat kamu dan aku. Ke arah menjadi imam bagi ummah bertaqwa! :-)

25 December 2012

PELIT : Alam pernikahan yang 'ghaib'.

بسم الله الرحمن الرحيم

(Personal Literature)
Pelit 25 Dis 2012

Aku tiba-tiba terbayang alam pernikahan. Alam ghaib buat aku yang belum berpengalaman. Bukan sebab aku kemaruk mahuu berkahwin. Cuma aku terbayang bagaimana sebenarnya rupa alam itu.

 Ada yang takut menempuh alam itu, sehingga mahu-mahunya mereka jadi seperti Imam Malik yang tidak berkahwin. Ada pula yang merindu-rindu alam itu, apabila pola perbicaraan mereka berlegar sekitar cinta dan rumah tangga sahaja. Tak beranjak walau seinci.

Semuanya bermula bila, aku berziarah ke Kampung Baru hari ini.

Bersama Ummi dan abi serta seluruh ahli keluarga. Musafir yang mencerna banyak hikmah hari ini. Musafir yang mencetak buah-buah idea menyusun aksara kata. Musafir yang menjentik minda dan hati beku seorang 'aku'. Musafir yang menyemai buah sabar dan redha..

Bertemu kak Wardina Safiyyah. Tiba-tiba kak wardina mendekati Ummi dan bertanya, bagaimana ummi menjaga kami 8 orang adik-beradik semuanya. Jeda. Kemudian ummi menjawab santai. Kena banyak sabar.

Jawapan ummi sedikit mengetuk jiwaku. Aku mula membayangkan, sudah berapa juta titis air mata, detik masa, keringat, gurisan rasa yang ummi abaikan demi mendidik aku. Dan 7 orang insan bergelar anaknya ini!



Aku melihat kak Wardina Safiyyah melayan karenah anak bongsunya, Imran Ar-razi. Setelah kami mengambil gambar kenangan, kak Wardina mengucapkan terima kasih kepada Imran.

Sambil mengusap kepala anandanya yang berusia 4 tahun itu, kak wardina berkata,
"Thank You Imran for your smile.."

"Thank You mama!.." Imran menjawab lincah.
Aku tersenyum melihat telatah lincah Imran. Sejenak membuat aku terfikir suatu perkara. Untuk aku sebagai ibu nanti, apakah aku mampu melakukan perkara yang sama?.

Mengucapkan terima kasih kepda anak nakal yang seharusnya berterima kasih kepadaku dahulu. Bahkan mungkin aku memarahinya untuk semua kenakalan yang telah ia perbuat. Marah tanda sayang, mungkin itu idea 'bernas' yang aku rasakan masih relevan untuk mendidik anak-anakku nanti. Anak-anak generasi -z.

Begitulah, alam perkahwinan bukan hanya ada dua jiwa yang saling mencintai sahaja. Perlu ada jiwa-jiwa yang memahami dan memerhati. Jiwa mendidik dan terdidik. Jiwa mentarbiyah lingkungan 'rumah', lapangan yang kecil. Memperkasa lapangan kecil, untuk maslahah lapangan besar. Itulah beban terindah seorang bakal ibu sepertiku. Terlalu banyak aspek yang perlu dipertimbangkan. Kuncinya cuma satu, "NIAT". Itulah kunci untuk memasuki alam perkahwinan.

Bagi aku, bukan soal duit sangat. Bukan soal sedia atau tidak. Bukan soal masih belajar atau lepas graduate. (walaupun aku tidak nafikan sedikit sebanyak kesannya kepada generasi sekarang). Semuanya kalau dinisbahkan kembali kepada niat yang tepat, maka dari situlah aku melihat akan terbit pemuda-pemuda gagah dan berkaliber.

Seorang sahaja yang mahu aku sebutkan. Anak muda berusia 18 tahun yang dilantik rasulullah shollallahu 'alaihi wasallam menjadi panglima perang. Aduh, kesalnya kerana aku  baru tahu dia sudah bernikah dengan Fathimah Bint Qais pada usianya 16 tahun!

Pemuda sekarang lambat matang. uhuk..(batuk). Itu sahajalah jawapan yang aku ada kalau ditanya oleh teman-teman dari negara arab,
"lesy(limaza) maliziyyah entum tatazawwaj mutaakhhirah?" (kenapa wanita Malaysia ramai kahwin lambat?)

p/s: Mood menjelang exam :-) ,'ter'tulis bab usrah pula.

24 December 2012

Konvensyen sunnah 2012: Last episode..


 بسم الله الرحمان الرحيم

Detik-detik terakhir Konvensyen sunnah 2012 ~ credit to cikgu Khalim

 Awalnya, saya berkobar-kobar mahu berkongsi semua pengisian yang saya dapat sepanjang Konv Sunnah 2012 ini. Alhamdulillah, saya sudah siapkan dua entri berkaitan, Ep1: catatan-sepulang-konvensyen-sunnah-2012 dan Ep2 : Balik tabir yang sering dilupakan..

Tetapi, bila saya melihat video-video Konv Sunnah sudah diupload .. saya urung. Saya fikir, lebih baik sahabat-sahabat dengar terus dari video yang ada. lebih sampai dan lebih 'terasa'.

Jadi, saya mahu menghabiskan episod Konv Sunnah 2012 malam ini juga di blog ini.

Sebelum saya terlupa, jutaan tahniah saya ucapkan kepada pihak Pertubuhan Kebajikan Al-qayyim Pulau Pinang yang bertungkus lumus menjayakan KS 2012 ini. Terutamanya buat kakak saya, Asma Fatimah Fajar yang disebut namanya oleh tokoh sunnah tahun ini, Dr ismail Luthfi :-) (ingat-ingat kami di sini yea..). Selaku satu-satunya kakitangan wanita yang terlbat.. saya ucapkan tahniah atas kerja keras!

Niat, semoga semua amal yang kita buat Allah ambil kira di akhirat nanti. Aamiin.

Tidak lupa buat akhwat dari UIAM, kak Izzah, Kak Aina, kakAkmal, kak Aida, Kak lin, zulfa dan Najihah yang sudi bertandang ke rumah saya. Kami sekeluarga berbahagia menerima tetamu dari jauh. Maaf jika ada yang terkurang. Semoga membawa berkah untuk hari ini dan selamanya. Barokallahu feekum :-)

Buat akhwat yang baru saya kenal kak Hurun dari UITM dan kak Fatin juga, Kak Ji dan kak Syafinas dari USM , serta Lin dan Khadijah dari UIA PJ. Salam ukhuwwah. semoga pertemuan pertama kali, membawa berkah persaudaraan selamanya..


Selepas kuliah Isya' DR MAZA, para ikhwah mengambil kesempatan untuk berkenalan ;-)

AJK 'bidan terjun', bantu kak Asma apa yang patut.. tags untuk AJK dan PANELIST



meja makan siap dipasang.. katanya, target 1000 orang yang datang..

menjaga pendaftaran.. ada dua kaunter untuk muslimat, tetapi, kaunter ini nampaknya lebih strategik memandangkan hampir 200 nama terdaftar di sini berbanding 70 nama di kaunter satu lagi.. err, mungkin juga sebab AJK pendaftaran di kaunter ini lebih 'ramah' kot.. maaf ye kak Fatin dan kak Hurun :-)

DR, Maszlee Malik. semester depan ambil subjek intro to fiqh dengan beliau.. kira macam pra-taaruf lah ni. :[)

Dato' Dr MAZA.. erm..nothing to say, Dr MAZA ada style tersendiri.


sepetang di Tasik Mengkuang . Bersama akhwat dari UIAM.. jam 6 pagi mereka tiba di Bukit mertajam, jam 8pm sudah mahu berangkat pulang. Pasti meletihkan! tetapi, mereka tetap tersenyum menikmati pemandangan Tasik mengkuang di bawah langi mendung.. masya ALLAH, mendamaikan :-)


Ada 15 pasang penganting sedang bergambar.. yang biru itu salah satunya.
Perjalanan pulang ke UIAM.. bersama adinda Ummu Sulaim Al-waridah yang aktif :-)

Buah tangan dari Konvensyen Sunna 2012. Insya  ALLAH, akan dihadam lumat untuk perjalanan dakwah sepanjang kehidupan. Aha, dalam tren semalam saya membaca buku Salim A.Fillah, katanya.. Pernikahan itu suatu dakwah! maka, ayuh kita tangisi pernikahan yang membuat pemuda menjauh dari dakwah..

Erm, quote last tu ada kaitan ke?
Senyum. :-)

ALLAH tahu yang terbaik buat kita. ALLAH juga ada planning untuk saya dan kita. kalau ALLAH tuliskan saya mati esok, ya planning saya tidak akan berjalan. terhenti setakat esok. Jika ALLAH tuliskan saya kahwin lambat.. itu kerja ALLAH.

Pointnya di sini, kita sebagai manusia.. buat kerja kita. 

Dakwah, planning kehidupan, usaha untuk peperiksaan, ibadah dengan cara yang rasulullah ajar dan ALLAH redha, berdoa dan terus berdoa walaupun belum nampak hasil doa itu. Sebab, semua itu adalah kerja kita. jadi, buatlah!

Mahu makbulkan atau tidak, mahu terima atau tolak, mahu beri atau gagalkan, mahu campak hidayah atau terus tutup hati manusia dari cahaya.. semua itu kerja ALLAH.
Jangan kita pula yang mahu buat kerja ALLAH.

Terus bergerak duhai diri, ALLAH menilai berlandas niat kita. Dakwah ini, nafasnya panjang-Abu Anas Madani-

Sekian sahaja episod Konvensyen Sunnah 2012. 

Semoga ALLAH menilai setiap butir tulisan yang terpampang, setiap aksara yang tersusun menjadi kata, setiap gerak jemari yang menaip, setiap detik minda yang berfikir, setiap objek yang jatuh ke retina mata, setiap urat yang bergerak.. sebagai amal soleh.. Aamiin.
-----------------------------------

more picture here:- Album Konvensyen Sunnah 2012

kertas kerja Dr Abdul Basit (abu anas madani) :- wajib baca kepada pencinta kesatuan ummah. pencinta kebenaran dan rahmat ALLAH. (Memperkasa Ummah Wahidah Di Malaysia -Dr.Abdul Basith)

link youtube untuk semua pengisian..





5) Ceramah Dr Maszlee Malik.

6) Forum : Ummatan Wahidah.


Konvensyen Sunnah 2012: ‘Balik tabir’ yang sering dilupakan

بسم الله الرحمان الرحيم

Konvensyen Sunnah ~21 Disember~
Kuliah Isya' oleh ~DR MAZA~


‘Balik tabir’ yang seringkali dilupakan


Kuliah tirai pembukaan oleh DrMAZA, benar-benar membuat saya terharu. Dr MAZA bercerita tentang seorang tokoh yang amat kita kagumi dan kita kenali. Bahkan Lim Guan Eng pun mengenali tokoh ini, dan mahu mencontohi beliau.


Umar Abdul Aziz.


Itulah sebuah nama yang tidak asing bagi kita. Nama yang sering menjadi sebutan semua ilmuan dan bukan ilmuan. Nama yang sering kita kagumi sifat zuhudnya. 

Nama yang sering digencar-gencar oleh barisan para pimpinan terutamanya. Kepimpinan beliau, memang tidak dapat disangkal lagi.

Dua tahun beliau menjadi khalifah, punah segala kemiskinan. Sehingga tiada yang layak menerima zakat !


Lihat, betapa zuhudnya kehidupan Umar bin Abdul Aziz.

Itulah sebuah nama yang kita kagumi.


Tetapi, kuliah DR MAZA malam ini bukan mahu bercerita tentang Umar bin Abdul Aziz.
 

DR MAZA seolah-olah mahu membawa saya dan para jemaah yang hadir ke suatu arena yang kita jarang akui. Arena ‘balik tabir’ yang seringkali kita lupakan. Sedangkan, arena inilah yang menjadi tonggak sebuah cetusan.


Kata DR MAZA:

“ ..jangan hanya ingat tokoh.. tetapi ingatlah juga siapa yang menyebabkan naiknya seorang tokoh itu..”





Tidak akan ada seorang Umar (عمر ) tanpa seorang Roja’ (رجاء ).



Roja'-bin-haywah Al-kindy, seorang penasihat raja yang baik, beriman dan soleh. (Khilafah bani Umayyah ketika itu dipegang oleh Sulaiman bin Abdul Malik . 

Suatu hari, datang seorang lelaki kepadanya. Ketika itu dia sedang berada di dalam sebuah majlis bersama Sulaiman ibn Abdul Malik.

“ Kau akan diuji dengan lelaki ini (seraya menunjuk kepada Sulaiman). Padanya, kebaikan yang banyak. Dan padanya ada keburukan yang banyak.”
Setelah mengucapkan kata-kata ini kepada Raja’, lelaki itu pergi tanpa meninggalkan jejak.

Kata Roja’, “sejak hari itu aku ingat nasihat si lelaki.”


Ketika Sulaiman hampir meninggal dunia dan meminta cadangan nama penggantinya sebagai khalifah, Roja’ adalah orang yang membantah pengganti khaifah dari kalangan keluarga Abdul Malik. Kerana, Haywah melihat khilafah akan terus makmur dengan diperintah oleh Umar bin Abdul Aziz yang ketika itu merupakan Gabenor di Kotanya.


Pelbagai diplomasi dibuat agar Umar dibai’ah oleh keluarga Abdul Malik sebagai khalifah. Pelbagai helah disembunyikan agar Umar tidak tahu bahawa dialah pengganti Sulaiman. Kerana Haywah tahu, Umar akan menolak perlantikan itu jika dia tahu.


Kisah ini, benar-benar buat saya rindukan ‘ Roja’ bin Haywah’ era ini. Insan sholeh yang mampu mempertahankan nilai insan sholeh yang lain…


Jujur saya katakan, nama Roja’ bin Haywah pertama kali saya dengar selama 20 tahun saya hidup. Begitulah, betapa kita melupakan Roja’ yang ‘kecil’ tetapi besar dalam proses naiknya seorang ‘Umar bin Abdul Aziz’.


Saya dapat membayangkan, jika tidak ada Roja’ yang ‘meracuni’ pemikiran Sulaiman  Bin Abdul Malik.. pastilah tidak ada era khalifah Umar bin Abdul Aziz. Betapa pentingnya !


Selepas bercerita tentang kisah Roja’ , DR mAzA menyambung lagi,

“ terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bantu walau sekecil apa pun usaha untuk Konvensyen Sunnah 2012 ini. Ada yang share di facebook, ada yang buat gerak kerja, ada yang tulis di status, ada yang bantu sekadar mampu. Dengan adanya tenaga-tenagan kecil inilah yang membantu kejayaan Konvensyen Sunnah 2012. ”



Terharu dengan kata-kata DR MAZA. Benar, tidak banyak manusia yang mampu menghargai manusia-manusia ‘kecil’ setelah mereka menjadi manusia besar. Mendengar ucapan Dr MAZA, saya merasa menjadi ‘Roja bin Haywah’ di antara Roja’-Roja’ yang ada.


Walaupun usaha saya dalam menjayakan Konvensyen Sunnah ini, mungkin lebih ringan dari habuk. Tetapi, saya yakin janji ALLAH. Kalau niat kita benar kerana ALLAH, mungkin habuk inilah yang akan menjadi pemberat ketika berhadapan dengan al-mizan nanti.

Aamin.


Banyak sebenarnya yang dikongsi oleh DR MAZA malam itu. Saya Cuma sempat catit yang ini sahaja. Kepada 600 lebih sahabat-sahabat yang turut hadir dan membaca entri ini, harap tambah yang mana saya terkurang . :-)




catatan : sepulang Konvensyen sunnah 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Banner Konvensyen Sunnah yang akan membuat saya terus 'rindu'.


Ini coretan saya sepulang dari konvensyen sunnah2012. Buat sahabat semua, doakan saya kuat untuk berkongsi semuanya. Saya mohon maaf kepada semua kerana sebelum ini, banyak yang saya janji untuk kongsikan, tetapi banyak yang tidak dapat diteruskan. Untuk topik yang sangat genting kali ini, mudah-mudahan ALLAH beri kekuatan kepada saya untuk kongsikan semua yang tercoret di nota saya :-)


Penangan ‘muka buku’

Hati terdetik resah menjelang peperiksaan ini, jemari terasa lemah mahu menaip sebarang patah perkataan, badan semakin lelah mengenang perjalanan bermusafir  Pulau Pinang-Gombak selama 8 jam di dalam kereta api. Bayangkan sahajalah.

Peperiksaan semakin hampir, lagi lima hari sahaja lagi. Banyak perkara yang belum saya ulangkaji. Kalau mahu diikutkan hati ini, mahu sahaja berehat lama-lama.

Sampai di Mahallah jam 10 pagi tadi, katil yang terbentang seolah-olah memanggil melambai minta disambut. Aduh, dengan keletihan yang menyengat mahu sahaja menerima pelawaan katil serba hijau itu. 

Saya susun beg bawaan ke tepi kamar. Satu-persatu bawaan saya keluarkan dan kemaskan ke dalam almari besi berwarna ungu. Meja belajar mula dipenuhi buku-buku bawaan saya. Tiba-tiba, serangan rasa mengantuk datang lagi. Bila dikenang-kenang cara tidur di kereta api semalam, memang tidak memuaskan. Ada saja alasan kalau mahu menurut nafsu ‘mengantuk ’ itu. 

Ah, saya perlu kemaskan kamar!, Jeritan hati mengasak. 

Peperiksaan semakin hampir!, batin terus-terusan menyelisih kehendak nafsu.

Cepat-cepat saya membuka laptop dan on-line untuk mengelak saya melayar ke alam mimpi. Cepat sahaja jemari meng’klik’ perkataan ‘facebook’ di ruang browser. Mahu menghirup semula ruh konvensyen sunnah yang saya hadiri semalam.

Terpampang satu status dari seorang sahabat FB:

Peranan seorang HAMBA dan KHALIFAH! 

قوله تعالى : هو الذي بعث في الأميين رسولا منهم يتلو عليهم آياته ويزكيهم ويعلمهم الكتاب والحكمة وإن كانوا من قبل لفي ضلال مبين

“ Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin, seorang Rasul dari bangsa mereka sendiri,

 yang MEMBACAKAN KEPADA MEREKA AYAT-AYAT ALLAH, 

dan MEMBERSIHKAN MEREKA ,

 serta MENGAJARKAN MEREKA KITAB ALLAH (AL-QURAN) dan HIKMAH 

Dan sesungguhnya mereka sebelum itu adalah dalam kesesatan yang nyata.”

Aha, kata-katanya yang berikut lebih membuat saya tercenung sebentar..

Maka perbanyakkkanlah dalam mempersiapkan dirimu !

Kerana dirimu sendiri tahu bahawa,

(
فاقد الشيء لا يعطيه)

' seseorang itu sesekali tidak dapat memberikan apa yang dia tiada '

Mata yang tadinya kuyu, mendadak mencerah. Astaghfirullah, aku ini hamba sahaja. Mengapa memperhamba diri kepada si nafsu, hamba juga.

Aduh, penangan ‘muka buku’ kali ini sungguh menyentap. Hakikatnya, ‘muka buku’ tiada kesan kalau bilah pena penulis tidak diasah. Begitu juga kalau mata hati pembaca tidak dibersih. Bak kata orang putih, ‘nothing’..

Alhamdulillah, muka buku kali ini benar –benar berkesan bila bilah pena itu terasah tajam.. dan yang paling penting, mata hati (saya) sudah dibersih oleh Konvensyen sunnah yang saya hadiri semalam. Alhamdulillah, mungkin sebab itu saya lebih terkesan ! 


Majlis ilmu equal to sabun pencuci.

Lumrah, kalau mahu membersih baju masakan tiada sabun dan air(pembersih)?. Bagi saya sendiri, ‘sabun dan air’ paling berkesan adalah majlis ilmu. Ada orang suka menyuci pakaian dengan detergent, ada juga yang suka menggunakan sabun serbuk, ada pula yang mahu menambah ‘softlan’ supaya pakaian lebih lama wanginya.

Begitulah kita. Mungkin kamu lebih suka merapat dalam bulatan-bulatan ukhuwwah, ada teman saya dia lebih suka menyendiri dan bermuhasabah sampai dia benar-benar dapat merasa ALLAH melihatnya dan dia melihat ALLAH. Ada pula yang suka buka buku dan mengulang-ulang perkataan yang mengetuk pintu hatinya, sehingga istighfarnya melekat di jiwa. Semuanya cara berbeza agar kita dapat membersih diri.

Bagi saya secara peribadi, semua cara ini terhimpun dalam satu aktiviti. Majlis ilmu. Sebab itu saya suka hadiri majlis ilmu dan saya sangat ‘memilih’ dalam menghadiri majlis ilmu. 

Zaman fitnah ini, kadang-kadang manusia tidak mampu berfikir dalam menamakan sesuatu ‘majlis ilmu’. Semua yang tajuknya berbau islam mereka namakan majlis ilmu. Sedangkan, layakkah suatu majlis yang dipenuhi label-melabel, cerca-mencerca, umpat-mengumpat dan gelak-tawa dinamakan majlis ilmu?

Sebab itulah, saya hanya berani mengatakan sesuatu majlis sebagai majlis ilmu setelah saya mengikuti sesuatu majlis sehingga tamat. Kalau ia menjadikan saya dan para hadirin semakin dekat kepada ALLAH, barulah layak ia dinamakan majlis ilmu.

“ Pada satu hari Rasulullah s.a.w keluar dari rumah dan bertemu para sahabat. Rasulullah saw bertanya kepada sahabat tentang perkara yang sedang dilakukan mereka pada ketika itu.

Tanya Rasulullah saw, “Mengapa kalian duduk berhimpun begini?”

Jawab sahabat, “ Kami hanya menyebut dan mengingati Allah bersama-sama”. 

Rasulullah saw bertanya semula, benarkah mereka bertemu untuk mengingati ALLAH?

Pertanyaan baginda ulang berulang kali, sehingga akhirnya Rasulullah saw berkata, 

“Ini adalah satu anugerah besar dari Allah Ta’ala. Telah datang Jibril as untuk memberitahu bahawa sesungguhnya Allah berbangga dan gembira melihat hamba-hamba-Nya yang telah diberi nafsu dan syahwat tetapi masih boleh berzikir mengingati-Nya.

Hadis ini dari Abu Said bin Khudri, dan diriwayatkan oleh Muawiyah bin Abi Sufyan (mohon berkongsi kitab asal kalau ada yang tahu)

Inilah hakikat sebuah majlis ilmu. Bila berada di dalamnya,kita makin mengingati ALLAH. Bila makin ingat pada ALLAH, tidak ada lain yang terkesan kepada seorang manusia melainkan dia menjadi semakin bersih dan akan tenanglah hatinya ketika mengingat ALLAH.

“..dan menjadi tenang kulit dan hati mereka di waktu mengingat ALLAH..  ” (az-zumar 23:39)


Law kaana bainana (andai baginda bersama kita)..

Kelopak mata saya terasa bergenang. Selsema semalam sepertinya bertambah teruk. Kalau mahu dikira, sudah lebih sepuluh kali saya bersin pagi ini. Sebak hati, menambah selsema rasanya... Saya teringatkan seorang lelaki gagah, kacak dan peramah. Bila melihatnya, sahabat-sahabat di sekitarnya pasti terubat. 

Remaja seperti saya, dibelai dengan didikan penuh wibawa. Mus’ab bin Umair ketika berusia 20 tahun, tepat sama seperti saya dilantik menjadi duta untuk membuka dakwah di Madinah. Anak muda berumur 18 tahun, Usamah bin Zaid dilantik menjadi panglima besar.. belum lagi melihat ketokohan Ali bin Abi Thalib yang diiktiraf kepemudaannya .. oleh lelaki yang saya rindu itu.

Ah, andai baginda ada di sisi kita, betapa malunya saya yang sempat berfikir untuk berehat dari berdakwah. Menyampaikan apa yang saya dapat di Konvensyen Sunah 2012, itulah dakwah yang asasnya berkongsi. 

Saya tidak mampu turun padang menyampaikan dengan lisan seperti para panelist Konvensyen Sunah 2012 yang mantap-mantap itu. Sekadarnya, saya mampu berkongsi apa yang saya dapat sepanjang di Konvensyen Sunah. InsyaAllah, saya terjemahkan kata-kata dan peringatan dari mereka ke dalam bentuk penulisan. 

Saya akan sertakan juga link youtube yang sudah di upload. Semoga bingkisan penulisan berkenaan Konvensyen Sunnah2012 ini, dikira sebagai usaha dakwah saya dan semua panelist yang menyampaikan serta mereka yang menyebarkan melalui apa bentuk usaha sekalipun. Aamin (ya ALLAH, perkenankanlah).