Skip to main content

Posts

Showing posts from November 22, 2012

Ghazzah, Palestin: cerpen yang masih panjang..

بسم الله الرحمان الرحيم

--------------- Cepat-cepat aku menyeka air mata. 
Hati ini disiat-siat. lumat. tak berbekas bentuk asal yang cantik itu. kalau hati ini diumpamakan bagai rumah. Maka aku katakan hati aku sekarang seperti rumah penduduk palestina yang punah dek  bedilan roket Zionis .. tak berbekas sedikit bentuk pun.
Cepat. 
Jemariku menekan klik kanan, dan menambah tab baru. Laman-laman sesawang gencar bercerita tentang Ghazzah, Palestin. 
Berjejeran di atas skrin.

14 Nov 2012 Keganasan tentera rejim Zionis ke atas wilayah Gaza berterusan. serangan bertali-arus itu mengorbankan seorang pemimpin tertinggi pasukan pejuang Ezeddeen Al Qassam, Ahmed Al Jabaari.
Sejak jam 5.00 petang waktu tempatan, sudah lapan orang warga Gaza terkorban manakala 85 yang lain tercedera. Mereka dikejarkan untuk rawatan di Hospital As Syifa dan beberapa hospital lain di seluruh wilayah Gaza yang dikepung secara haram itu. 16 Nov 2012 Tentera pengganas rejim Zionis melancarkan lebih 300 butir roket dari udara, …