Skip to main content

Posts

Showing posts from October 16, 2012

hari ini dan esok..

بسم الله الرحمان الرحيم
hari ini.
memang, di luar ia tidak berbeza dengan hari-hari sebelumnya. tetapi, bagi setiap insan, ada yang berbeza.
bila hari ini bermula dengan sedetik memuhasabah dosa, seluruhnya seolah bersusun indah.
alhamdulillah.
pagi-pagi saya menuju ke perpustakaan. perjalanan yang memakan masa sekitar 10 minit. membuahkan sesuatu yang indah. sukar diertikan.
jalan tar masih basah. pohon-pohon hijau itu sedang berzikir. mensyukuri titis demi titis air yang mengalir di atasnya. saya merasainya dengan hati. tenang.
sungguh, baru sebentar tadi saya resah dengan peperiksaan pertengahan semester bagi subjek Quranic Prophetic Text. air dingin pagi tadi, membuat diri maalas menuju ke kamar mandi.
tetapi, saya gagahkan.
rupanya, inilah nikmat yang dibayar. tiada lagi resah. tiada lagi bimbang.
merenung alam ini, benar-benar membuat hati damai. terlupa sebentar peperiksaan 30 markah sebentar lagi. dami itu benar-benar membunuh resah!

esok belum tentu
alhamdulillah, itulah perm…

kem remaja soleh 2012-- slot khas bersama Imam Muda Asraf

بسم الله الرحمان الرحيم
Kem Remaja Soleh 2012


insyaALLAH, saya adalah salah seorang fasilitator untuk kem ini. sesiapa yang ada adik atau anak saudara atau jiran, atau anak-anak atau anak murid..

bolehlah, jumpa di sana !

Kem Remaja Soleh 2012

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Apa yang akan diperolehi oleh peserta-peserta kem ini?

- Memperbaiki kualiti solat
- Mengenali sunnah-sunnah harian Rasulullah s.a.w yang sering dilupakan
- Memahami asas-asas akidah Islam
- Memperbaiki mutu bacaan al-Quran
- Memahami tanggungjawab sebagai seorang anak
- Mengenali sirah kehidupan sahabat nabi radiallahu `anhum ajma'in.

Siapakah yang boleh menyertai program ini?

Golongan remaja berusia dua belas hingga enam belas tahun, lelaki dan perempuan.


Bilakah program ini berlangsung?

16 November 2012 (Jumaat) sehingga 18 November 2012 (Ahad).

Sesi pendaftaran peserta pada hari pertama (Jumaat 17 November 2012) akan bermula pada jam 3.30 petang sehingga jam 4.00 petang, dan program akan tamat pad…