16 July 2012

~bahagia~

بسم الله الرحمان الرحيم

kadang bicara itu tak perlu panjang,
cukup setakat sepatah kata 'BAHAGIA',
manusia sudah terkesan.
------------------------
#berdoalah, ALLAH tak jemu mendengar#

14 July 2012

Ramadhan, aku datang! : TAQWA.

بسم الله الرحمان الرحيم



Sambungan daripada artikel yang lalu.. [ramadhan, aku datang BHG 1]

Seperti yang saya katakan, ada satu bahagian penting yang pada pendapat saya sangat penting untuk disentuh. Jadi, secara tidak rasmi, saya wujudkan sendiri panel ke empat untuk forum ini..

Perkongsian panel  4: Ukhti zahra' fajar nina

Panel ini saya tambah ya :-)

Saya bersyukur tak jadi panel sebenar sebab, dalam forum ini, tak ada persoalan penting yang saya sangat-sangat nak kupas dan saya sangat -sangat nak dikupas. Agak hampa bila tak ada elemen penting yang menghidupkan nilai Ramadhan.

Ramadhan, ia hanyalah satu bulan yang sama seperti bulan-bulan lain jika tidak ada perkara ini.

Contohnya Syawal, jika sebelum syawal adalah muharram, apa istimewanya syawal? Tiada. 

Tetapi, Syawal menjdi istimewa apabila ALLAH meletakkan sebelumnya ramadhan. dan syawal itu sendiri menjadi hari kemenangan kerana sebulan ramadahn yang kita tempuhi.

Begitulah Ramadhan. 

Jika soal TAQWA tidak disentuh, hilanglah istimewa ramadhan. seperti juga syawal.. hanya orang-orang yang merasai nikmat 'menang melawan hawa nafsu' sahaja yang akan benar-benar menghargai sebuah 'Syawal'.

Baiklah, saya bawakah satu persoalan.

Apa yang kita cari sehingga kita harus mendatangi RAMADHAN?

Kerana puasa?.. bulan lain pun kita boleh puasa.
kerana Lailatul Qadar?.. Ia hanyalah satu malam dari 30 malam lainnya.
kerana tarawikh?...

Ya, semua ini adalah keutamaan yang kita dapat jika mendatangi ramadhan. kita bukan hanya mahu berpuasa, berqiyamullail dan mengingat ALLAH hanya pada bulan ramdhan. Kita mahu ingat ALLAH dalam 11 bulan lainnya..

dan TAQWA, inilah manifestasi dari Ramadhan.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, " (al-Baqarah:183)

Soal TAQWA.

Puasa dan amalan-amalan serta keutamaan-keutamaan di bulan ramadhan adalah SEBAB untuk kita meraih darjat yang mulia ini. Hal ini kerana dalam puasa, seseorang akan melaksanakan perintah Allah dan menjauhi setiap larangan-Nya. Inilah pengertian takwa. 

Bentuk taqwa dalam puasa dapat kita lihat dalam pelbagai sisi:

Pertama, orang yang berpuasa akan meninggalkan setiap yang Allah larang ketika itu yaitu dia meninggalkan makan, minum, berjima’ dengan istri dan sebagainya. Pada hakikatnya, nafsu dan hati sangat condong dan ingin melakukannya. Ini semua dilakukan dalam rangka taqorrub atau mendekatkan diri pada Allah dan meraih pahala dari-Nya. 

Inilah bentuk taqwa.

Kedua, orang yang berpuasa sebenarnya mampu untuk melakukan urusan duniawi yang ada. Namun dia mengetahui bahwa Allah selalu mengawasi diri-Nya. Ini juga salah satu bentuk taqwa iaitu merasa selalu diawasi oleh Allah.

Ketiga, ketika berpuasa, kita akan semangat melakukan amalan-amalan ketaatan. Dan ketaatan merupakan jalan untuk menggapai taqwa. Inilah sebagian di antara bentuk takwa dalam amalan puasa.
*lihat artikel penuh di sini

TAQWA inilah yang akan kekal kita bawa sebagai bekal. 

Cukuplah dengan bekal TAQWA kita menempuh 11bulan seterusnya.

Sesungguhnya sebaik-baik bekal itu adalah TAQWA.


Nabi ‘alaihimush shalaatu was salaam bersabda,
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
“Barangsiapa melakukan puasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Muttafaqun ‘alaih. HR. Bukhari no. 2014)

Nah, inilah bukti tarbiyah dari ramadhan yang membuktikan soal taqwa.

Syaikh ‘Abdul Aziz bin ‘Abdillah bin Baz (pernah menjadi ketua lajnah fatwa arab saudi) pernah ditanya:

“Apakah ada amalan-amalan khusus yang disyariatkan untuk menyambut bulan Ramadhan?”

Beliau menjelaskan,

"Disyariatkan bagi seorang muslim untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia dengan melakukan taubat nashuha (taubat yang sesungguhnya), mempersiapkan diri dalam puasa dan menghidupkan bulan tersebut dengan niat yang tulus dan tekad yang murni.”

[Pertanyaan di Majalah Ad Da’wah, 1284, 5/11/1411 H. Sumber : Majmu’ Fatawa Ibnu Baz, 15/9-10]

***

Dari penjelasan ringkas di atas,dapat kita ambil pelajaran bahwa kita mesti melakukan taubat nashuhah, dan melakukan persiapan untuk berpuasa serta bertekad menghidupkan bulan tersebut.

Disinilah nilai kualiti TAQWA yang akan kita dapat di penghujung  ramadhan.

Kita boleh melihat sendiri usaha-usaha kita menuju Ramadhan.

Kadang kita tertanya, kenapa Ramadhan kita tak seperti Ramadahn para salafussoleh? Ramadhan mereka tak pernah dicemuh oleh kuffar. Bahkan menggerunkan kuffar yang mahu berhadapan mereka. Kerana,tingkat taqwa mereka ketika berpuasa sangat tinggi.

Kita?

Bila masuk bulan Ramadhan, sudah mula ada cakap-cakap dari orang bukan islam. Mereka rimas melihat (sebahagian)umat islam yang lemah dan tak bermaya di tempat kerja/ belajar kerana berpuasa. Bahkan ada antara mereka yang simpati.

Apa yang saya boleh katakan, itu bukan puasa meraih taqwa. Itu adalah puasa kerana terpaksa. (nauzubillah min zalik)


(moderator): #lagi satu minit#

Ops.. tulis terlebih pula.

Baiklah, saya simpulkan disini.

# ramadhan adalah pesta ibadah untuk meraih TAQWA. sebaik-baik bekalan untuk perjalanan sebuah kehidupan. #

Teringat kata-kata ustaz Habib, khatib masjid UIAM ketika menyampaikan khutbah Jumaat yang lalu:

"Kalau kita memuliakan Ramadhan, itu sama ertinya kita mengangkat diri kita ke suatu darjat yang lebih tinggi..
Kalau kita mengabaikan Ramadhan, sesungguhnya kita sedang membinasakan diri kita.."
----------------------------------

p/s: Banyak perkara yang terjadi menjelang ramadhan ini. Sangat menyesakkan dada. Sungguh, ALLAH mahu melatih diriku untuk terus bersabar dan tak bosan!

Allahumma sallimna ila ramadhann!
wallahu musta'aan. (dan ALLAH lah yang Maha membantu..)

12 July 2012

RAMADHAN, aku datang.. bhg 1

بسم الله الرحمان الرحيم

 
sedikit perkongsian

saya, adalah sejenis manusia yang sangat memilih sumber ilmu yang saya terima. maksud saya, mengambil kira siapa yang menyampaikan itu penting untuk menghayati kesan ilmu ke dalam diri. kalau saya hadiri mana-mana talk/forum, saya akan beri persepsi awal supaya segalanya mampu meresap ke hati, tiada ruang untuk mencemuh ilmu..

sebab itu, pertama kali saya melihat poster ini disebarluaskan di sekitar UIAM, saya sangat tertarik dengan tajuknya. kemudian, mata saya pantas melirik para ahli panel. masya ALLAH, semua mahasiswa!

dalam hati saya terdetik, ada peluang jadi panel keempat ni..*senyum sendiri*. (next artikel)

setelah menghadirinya, saya akui forum ini sangat menarik untuk dihayati. saya akan kongsikan serba sedikit mengenai apa yang saya dapat. yang paling penting, ada panel tambahan yang kalian tak jumpa dalam poster ni. jadi, kena baca sampai siri 2 ya..

perkongsian panel 1: ukhti 'Aishah Jauhara

#round 1# mengulas berkaitan tajuk 'ramadhan, Aku datang'.
 
satu persoalan ditimbulkan. 
siapa aku?
 
ya, siapa aku yang akan mendatangi ramadhan? 
adakah aku golongan sahabat yang sentiasa dekat dengan nabi muhammad shallallahu 'alaihi wasallam. adakah ku seorang ulama' yang menjadi pewaris nabi? ataukah aku seorang hamba ALLAH yang bersemangat mendatangi ramadhan, kemudian semangat itu hilang beransur-ansur sebelas bulan selepasnya?

persoalan ini penting untuk kita 'sedar diri'!

kita bukan hanya menanti ramadhan, tetapi kita DATANG kepada ramadhan. bagaimana?

pertama dan utama,
NIAT.
menuju ramadhan kerana adanya syawalkah?
menuju ramadhan kerana adanya bazar ramadhankah?
atau menuju ramadhan kerana ALLAH?

#round 2# mengupas persoalan istiqamah selepas ramadhan.

hayatilah surah (huud 11:112-114)

1-istiqamah, jangan melampau
2- jauhi sahabat yang tidak baik dan mintalah pertolongan dari ALLAH.
3- solatlah, kita akan mudah untuk istiqamah. kerana, dengan solat kita ada talian dengan ALLAH.
4- bersabarlah. tak ada kekuatan melainkan dari ALLAH.

perkongsian panel 2 : akh Hambari nursalam

#round 1# mengupas persoalan pengajaran yang kita dapat dari sirah berkaitan ramadhan.

1- Al-quran diturunkan
2- berlaku ghazwah badar kubra
3- berlaku penaklukan andalus(Spanyol) oleh Thoriq bin ziyad. dan mereka membakar kapal-kapal perang mereka. lantas thoriq berkata,"dihadapanmu musuh, di belakangmu lautan. jika kamu tidak menghadapi musih, kamu akan mati ditenggelami lautan. maka,pilihlah antara menang atau mati!"

4-peristiwa Anjalut. tentera monggol menyerang islam. (zaman abbasiyyah)

iktibar:
- SEMANGAT PASUKAN BADAR!
313 vs 1000 = 313 menang.

- bersabarlah, menangnya islam dalam peperangan kerana tentera islam BERSABAR!.. dan , menangnya kita melawan hawa nafsu jika kita bersabar!


#round 2# mengupas persoalan study/kerja vs ibadah di bulan ramadhan

puasa dan belajar/kerja, keduanya adalah ibadah. hakikatnya, dua ibadah tidak akan terpisah dan membinasakan. jadi, puasa tidak menghalang belajar/kerja begitulah sebaliknya.

untuk memastikan ramadhan ini berkualiti, kena buat 3 perkara:
1- uruskan masa dan buat perancangan 50% ibadah dan 50% urusan lain.
2-buat target untuk ramadhan.
3-LAKSANAKAN TARGET!

 
perkongsian panel 3: akh Syafiq Kamil

#round 1# mengulas persoalan kita yang sering cuai berhadapan dengan ramadhan.

1- puasa tetapi tidak menutup aurat? [klik sini]
2- puasa tetapi tidak solat? [klik sini]
3- kita kena sedar hakikat ramadhan. bagaimana islam boleh menang dengan 313 melawan 1000 dalam badar kubra?
inilah hakikat pertembungan antara IMAN dan KUFUR/ HAQ dan BATHIL! kalau kita sedar hakikat ini, kita tak akan malas lagi. sebab,iman itu akan sentiasa menang!

#round 2# mengulas tanggungajawab mahasiswa menghadapi ramadhan.


1- dalam berpuasa, kena puasa anggota juga. mulut, telinga, mata, kaki, perut dan HATI.
2- sebar-sebarkan kebaikan ramadhan.(facebook, blog, tazkirah DLL)
3- hentikan sikap dan akhlak buruk kita. suka menuduh, suka mencaci, suka menyalahkan, suka mencari kesalahan orang... buang semua tu.


coretan akhir

kepada sahabat-sahabat lain yang turut menghadiri forum ini, harap dapat menambah apa-apa yang penting jika saya tertinggal.

sekali lagi saya katakan, forum ini sangat menarik untuk dihayati. 

cuma, ada satu persoalan penting yang saya tercari-cari tetapi tidak berjumpa. jadi, saya selaku panel keempat :-) akan berkongsi sedikit berkenaan persoalan penting tersebut dalam entri selepas ini. doakan supaya persiapan saya menjadi panel keempat diberkati!


------------------------------------------
alhamdulillah, bini'matihi tatimmussolihaat
(segala puji bagi ALLAH. dengan nikmatnya, terhasil sebuah perkara yang baik)

01 July 2012

harapan masih ada: what you give, you get back!

بسم الله الرحمان الرحيم

berilah nasihat, nescaya itulah yang akan mengingatkanmu kembali~ gambar hiasan

suatu ketika dahulu, saya sering diminta memberi nasihat oleh adik-adik junior. bahkan, kawan-kawan juga. alhamdulillah, tak putus-putus ALLAH berikan kepada saya kekuatan untuk menasihati mereka. lagipun, rasulullah shollallahu 'alaihi wasalla pernah berpesan agar kita memenuhi hak saudara kita. salah satunya adalah memberi nasihat apabila diminta.

saya bahagia bila dapat membantu dan memberi nasihat. ada yang bertanya kepada saya berkenaan hati, ibu bapa, kawan-kawan, hal peribadi dan banyak lagi.

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

saya mampu menjawab sekadar ilmu yang saya ada. cuma, seperkara yang saya tidak pernah lupa adalah ingatkan mereka bahawa bukanlah saya yang menyelesaikan masalah mereka. tetapi, ALLAh jualah yang memberikan ilham melalui diri yang ina ini untuk berinteraksi dengan mereka.

hari demi hari berlalu.
saya masih menjadi tempat 'luahan perasaan'. dan saya bahagia membantu mereka.

mungkin inilah yang dikatakan oleh ustaz hasrizal "erti hidup pada memberi". saya merasa hidup in penuh erti dan makna. sangat bahagia.

walaupun kadang-kadang saya ada 'masalah peribadi' yang saya harus selesaikan dan dalam masa yang sama ALLAH hantar insan yang mempunyai masalah yang sama agar saya menasihatinya.

sungguh kadang-kadang terasa saya tidak adik kepada diri sendiri. menyelesaikan masalah orang yang saya sendiri hadapi!

"kak, terima kasih ingatkan saya.." bila saya terima kata-kata ini dari mereka yang saya nasihati, saya jadi bahagia. terasa bagai ALLAH membayar usaha saya.

hakikat yang saya hadapi, saya tak punya tempat mengadu seperti mereka. saya tak dapat meluahkan kata 'terima kasih' kepada insan yang menasihati saya. tiada.

saya hanya ada tempat mengadu yang tak terzahir ALLAH.
saya yakin itu.
saya redha.
saya harus berusaha untuk ikhlas.
  --------------------------------------------------------------

beberapa hari yang lalu, saya minta nasihat daripada seseorang. sudah ramai orang saya minta nasihat dan sudah banyak perkara yang saya lakukan untuk realisasikan matlamat dan 'projek' penting saya tahun ini. dah berbagai usaha saya gagahkan.

akhirnya saya minta nasihat daripadanya walaupun saya kenal dia dan dia tidak kenal saya. tiada apa yang saya harapkan melainkan itulah usaha terakhir yang saya ada. harapan saya hanya satu. dia menasihati saya.

kemudian, dia menasihati saya.
panjang nasihatnya. tapi, ada satu nasihat yang menggetarkan hati saya di hujung kata-katanya. menyentap!

"..jangan lupa berdoa.." 

ya ALLAH,
saya pernah menasihati adik-adik saya dengan nasihat ini.
terjerat dengan kata-kata sendiri!
sebuah kata yang sangaaat simple. tetapi, itulah KUNCI!
sampai sekarang, masih tergores di dalam lubuk hati. tersemat utuh. jangan pernah berhenti berdoa.
----------------------------------------------

p/s: ramai antara kita yang ambil remeh soal doa. doa itu ada manifestasi yang perlu difahami. bukan sekadar doa tanpa ada arah dan tuju. saya sudahi coretan hari ini dengan cebisan yang saya carik dari artikel DRMAZA , agar kita benar-benar faham sebuah maniestasi doa.

Jiwa yang mengharapkan Allah bukanlah sekadar digambarkan dengan pakaian seseorang, atau gelarannya, atau penampilannya. Sebab itu, jangan tertanya-tanya mengapa Allah membiarkan si fulan sedangkan dia nampak kuat agama? 

Pertamanya, Allah mungkin menolongnya, sedangkan kita tidak menyedarinya. Atau, mungkin kita tidak tahu apa yang tersimpan dalam dadanya. Allah Yang Maha Mengetahui siapakah dia, jauh atau dekat dia dengan Allah. 

Betapa ramai yang lidahnya menyebut “Ya Allah, tolonglah daku”, tapi sanubarinya masih terikat dan bergantung kepada makhluk. Bunyi nada suaranya mungkin kedengaran sebak, tetapi tauhid tidak bulat dan penuh ikhlas, maka doanya tidak disahut.

Demikian apabila kita lihat seorang yang mungkin kelihatan ‘biasa’ sahaja, tetapi setiap kali dia menyebut “Ya Allah, tolonglah daku”, pertolongan pantas sampai kepadanya. Ini disebabkan ruhnya yang penuh pergantungan kepada Allah, tanpa sebarang syirik atau harapan kepada selainNya. 

Ini yang disebut oleh Nabi s.a.w:
“Boleh jadi orang yang kusut masai, berdebu, yang dihalau di pintu (tidak diterima kedatangannya), jika dia bersumpah dengan nama Allah nescaya Allah tunaikan”. (Riwayat Muslim).
Jika insan ikhlas dan membulatkan pergantungan kepada Allah, Allah menerima harapannya, sekalipun dahulunya dia pernah melakukan dosa syirik dan kejahatan pun, Allah tetap akan mendengar rayuan. Dengan syarat dia hendaklah penuh ikhlas kepada Allah ketika doanya.