Skip to main content

Posts

Showing posts from June 19, 2012

santai: dari blog 'penyejuk jiwa'..

بسم الله الرحمان الرحيم
alhamdulillah, jatuh ke jurang dosa itu bukanlah sesuatu yang hina jika manusia tahu kenapa ALLAH sediakan jurang dosa dan pahala untuk dipilih. 
asalkan kita sedar jurang dosa iu nikmatnya sementara. kerana kita ada iman, kita ada pegangan, kita ada lorong kita. lorong yang kita minta pada ALLAH 17 kali dalam setiap rakaat sholat 5 waktu kita dalam sehari.
alhamdulillah, itulah perkara yang sedang saya rasakan sekarang. jiwa terasa disejukkan dengan kalam dan tulisan yang membangkitkan jiwa dari blog :: penyejuk jiwa ::
Tidak hairanlah jika Syed Qutub dibawa ke tali gantung hanya kerana tulisannya!.. subhanallah yang menjadikan mata pena beliau begitu tajam sehingga menggerunkan musuh sekalipun mata pena itu, mustahil dapat melukakan mereka!
hebatnya penulisan yang ikhlas!
mengenai blog :: Penyejuk Jiwa ::


antara yang membuat saya 'jatuh hati' dengan blog ini ialah syair yang sdr Afdholul rahman @ LI coretkan di sisi blog beliau, kebetulan saya sanga…