Skip to main content

Posts

Showing posts from May 24, 2012

cersing : 'dia' yang ada..

cersing: [cerita singkat]
بسم الله الرحمان الرحيم
di hadapan buku 'dia' termangu.
apa lagi yang harus di lakukan? buntu. buku yang ditatap, kembali ditutup.
"sambung study bila hati dah tak serabut.." sambil buku Bahasa Arab advance disusun ketepi, 'dia' bermonolog. Memujuk hati.
semester baru bakal bermula bulan 9 ini. dan sekarang, peperiksaan sedang berlangsung. fikirannya bercelaru antara berjuang dan putus asa. segala urusan kemasukan kolej dan pendaftaran subjek tak mungkin berlaku jika dia tidak mampu melangsaikan hutang universiti untuk semester lepas.
keputusan peperiksaan juga tidak boleh dilihat. "ah, apa harus aku lakukan?" 'dia' bermonolog sendiri. buntu lagi.
kawan-kawan? ya, 'dia' tahu kawan-kawannya semua baik dan simpati. tetapi mereka takkan faham apa sebenarnya yang berlaku..
ya, sesuatu yang berlaku. sesuatu yang kawan-kawannya tak pernah bayangkan! sesuatu yang jika kawan-kawannya tahu, mereka akan rasa malu un…