Skip to main content

Posts

Showing posts from April 12, 2012

cakna: di manakah kesilapan kita?

بسم الله الرحمان الرحيم

ALLAH telah menurunkan dan memperincikan ayat-ayatnya bahawa umat islam adalah 'kaum yang memahami' dan 'bangsa yang mengetahui',

tetapi,
keadaan umat islam kini sungguh berbeza!. umat islam sekarang tertinggal jauh di belakang dalam segenap aspek kemajuan. mengapa perkara begini terjadi kepada kita? di manakah kesilapan kita? sungguh, kata-kata ini sungguh menyentap jiwa saya yang sedang tertanya-tanya perkara yang sama. sejak saya kecil, ummi selalu berpesan perkara baik jangan difikir-fikir.. terus buat. jadi, tanpa berfikir panjang saya mencapai buku bertajuk "di manakah kesilapan kita?" karya dr yusuf al-qaradhawi.

buku ini, saya beli sejak mei 2011 yang lalu. mengenangkan PBAKL2012 bakal berlangsung hujung bulan ini, saya mesti 'menjamah' buku-buku yang ada sebelum bertambah koleksi yang baru :-) (pencinta buku katakan..)

DI MANAKAH KESILAPAN KITA?