Skip to main content

Posts

Showing posts from April 10, 2012

coretan sepi seorang diri.

بسم الله الرحمان الرحيم baru kini aku mengerti, sebuah tamparan hebat di univerrsiti ketika berhadapan dengan insan-insan yang penuh dengan ego diri. sungguh semua ini menjadi peringatan buat diri yang seringkali juga terleka, terlupa dan lali. ALLAH itu, maha tahu dengan apa yang kita lakukan secara terang mahupun senyap.

ketika hati berombak marah, ketika minda memerah fikrah, ketika jiwa mendakap resah.. tiada yang tahu gelora rasa, melainkan DIA yang memerhati segenap perkara. -----------------------------------------------------------------

-ini bukan puisi dusta,
ia hanya sebuah luahan rasa,
merangkum kehidupan yang penuh warna,
buat teratak yang sering kudamba imarahnya..-

semoga ALLAH merahmati,
bonda yang mehirkan diri,
ayahanda yang mendidik jiwa ini,
kekanda yang menasihati,
adinda yang dirindui,
sahabat yang wujud sepanjang laluan sepi,
dan kamu yang membaca diari sepi ini (>_<)

wallahu a'lam