Skip to main content

Posts

Showing posts from March 1, 2012

apakah sebenarnya wasathiyyah?

بسم الله الرحمان الرحيم

jujur saya katakan, hidup ini takkan pernah manis jika tiada ujian. seringkali kita melihat kesedihan sebagai stu perkara yang asing. sedangkan, dengan adanya kesedihan itulah kita tahu di mana nilai gembira dan bahagia.

walaupun saya sedang 'sedih' sekarang, janji tetap janji. saya harus tunaikan amanah kepada diri saya -yang hakikatnya datang dari ALLAH- untuk berkongsi sedikit pencerahan mengenai konsep sederhana(wasathiy) yang mempelopori segenap tajuk perbincangan semasa di K-FIQH 2012.

saya suka memetik kata-kata Mufti Zimbabwe Mufti Ismail Musa Menk ketika dalam pidato perdananya mengenai wasathiyyah:

“Matahari semasa terbit, cahayanya lemah. Semasa terbenam juga, cahayanya lemah. Matahari paling kuat cahayanya semasa tengah hari. Begitu juga ummah. Paling kuat apabila berada di tengah-tengah (wasathiyyah)” [from:link]

 konsep wasathiyyah yang dibawa sangat jelas jika melihat kepada perutusan mengenai konsep ini yang saya petik dari laman rasmi Dr…