Skip to main content

Posts

Showing posts from February 5, 2012

Nota: Forum pemantapan aqidah ASWJ

بسم الله الرحمان الرحيم aku mesti siapkan hari ini juga! hatiku berbisik benarlah, berbuat baik itu, perlu kepada mujahadah.. malam ini aku akan meneruskan perjalanan..
nota FORUM PEMANTAPAN AQIDAH Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)
panelis:  -DR Nasir Muhammad Al-Hwaily -Syeikh Abdurrahman -Dr Zaid Ad-Dukhan - penterjemah: Dr Zainal Abidin (kedutaan Arab Saudi Malaysia)
turut bersama: -Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin -Dr Juanda Jaya


DR Nasir Muhammad Al-Hwaily
Kita berhimpun hari ini kerana hidayah ALLAH yang telah menggerakkan kita untuk hadirkan diri pada mala mini. Kita beriman kepada ALLAH bukan kerana keturunan, bukan juga kerana perkara-perkara lain selain HIDAYAH ALLAH.
Sesungguhnya, ALLAH telah menciptakan kita dengan sebaik-baik ciptaan. Kemudian, DIA tidak meninggalkan kita sia-sia dan terbiar. DIA utuskan insan-insan pilihan-NYA untuk memandu kita terus-menerus dengan petunjuk melalui utusan-utusan itu. *subhanallah, penyayangnya ALLAH*
Tidaklah diciptakan manusia melainkan untuk beribadah …