Skip to main content

Posts

Showing posts from January 27, 2012

buku:dari renungan kepada peringatan

بسم الله الرحمان الرحيم

RENUNGAN...
Muaz bin Jabal menasihati muridnya dengan berkata: " aku peringatkan kalian daripada penyimpangan orang berilmu kerana syaitan kadangkala mengucapkan kata-kata sesat melalui lidah orang berilmu dan kadangkala orang munafik mengucapkan kata-kata yang benar." Dia(iaitu perawi) berkata: "aku katakan kepada Mua'adz:' bolehkah aku tahu-semoga ALLAH merahmatimu- bagaimana yang dikatakan orang berilmu kadang-kadang mengucapkan kata-kata sesat dan orang munafik kadangkala mengucapkan kata-kata benar?' "
Beliau menjawab : "Bahkan boleh. Jauhilah oleh kamu ucapan orang berilmu yang dimasyhurkan sedangkan ucapan itu tersamar dengan kebathilan yang dikatakan orang (dalam mengigkarinya) 'apa ini?' 

Dan janganlah pula ucapan orang berilmu itu mengeluarkan kamu dari jalan yang lurus serta menjauhkan kamu daripadanya  kerana boleh jadi dia(orang berilmu itu) bertaubat dari ucapaannya. terimalah kebenaran itu apabila engkau men…