Skip to main content

Posts

Showing posts from December 22, 2011

buat..mu

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah.. baru selesai peperiksaan. peperiksaan lain bakal menyusul.

tiba-tiba dapat mesej dari ummi.

" Alhamdulillah, Muawiyah dapat 9A "

*terkedu*, tergamam, *bahagia*.. tersenyum.. (bercampur-campur).
5 orang adik-beradik di atasnya belum ada yang pernah dapat 9A PMR. lagipun, ketika percubaan adik saya hanya mendapat 6A. saya pun tak pernah meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada adik-adik saya. saya hanya meletakkan kepercayaan yang tinggi, hanya kepercayaan.
saya percaya, selagi mereka berusaha kerana ALLAH selagi itu ALLAH tidak akan tinggalkan mereka. bila ALLAH tidak tinggalkan mereka, baik atau buruk itu pasti ada hikmah disebaliknya..
teringat ketika saya mengucapkan tahniah kepada Muawiyah sebentar tadi,
saya           : " Muawiyah, tahniah.. kak zahra tak tau nak ucap apa lagi.. apa pun , kejayaan kita dakwah sebenarnya. kejayaan pelajar muslim itu lebih bermakna dari kejayaaan pelajar kafir untuk akhirat mereka. Alhamdulillah. …