Skip to main content

Posts

Showing posts from December 10, 2011

AKU MENCINTAIMU..

بسم الله الرحمان الرحيم
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
tak ada yang mampu diucapkan melainkan hamdalah untuk melahirkan rasa syukur kepada ALLAH.dengan rahmat-NYA telah memudahkan segala urusan hamba yang benar-benar menyerahkan urusan dunia mereka kepada-NYA.
pertama, saya bersyukur kerana ALLAH telah mengilhamkan tajuk yang indah untuk sajak saya di artikel yang lepas *tanpa tajuk*. tajuknya berbunyi "Sirnanya Semi Ukhuwwah". jazakumullahu khairal jazaa' juga kepada sahabat-sahabat fb yang mengutarakan pandangan.
kedua, ALLAH mudahkan banyak urusan dunia dan akhirat saya. Alhamdulillah. kerja yang bertimbun dan membebankan, satu persatu selesai. dalam masa yang singkat pula.


urusan menyiapkan majalah arab yang tertangguh sejak dua minggu yang lalu, hafazan halaqah yang belum selesai sejak sebulan yang lalu, penyusunan maklumat-maklumat peribadi yang seringkali terbantut, menyemak timbunan buku-buku untuk pengisian rohani barang sekejap pun tak sempat...
dan..…