Skip to main content

Posts

Showing posts from November 25, 2011

du'at, lihatlah dengan mahabbah..

بسم الله الرحمان الرحيم

Aku melihat mereka. Biasa. tiada yang istimewa.
Mungkin itu kata paling mudah untuk menggambarkan situasi diri mereka. 
Mereka bukan pak lebai yang wajahnya penuh dengan ‘nur’. Mereka bukan ‘budak pondok’ yang dipenuhi ilmu. Mereka bukan imam muda yang disegani.bahkan, mereka juga mungkin bukan makmum masjid yang diabaikan. 
Mereka hanya manusia.
Mereka juga bukan ‘ustazah’ yang sejuk mata memandang. mereka dilahirkan dalam keadaan yang kita tak dapat menjangkanya. Pakaian mereka ‘sekadar’ menutup aurat.


mereka hanya wanita yang dilahirkan sebagai wanita.

Mereka juga insan yang mahu dibelai dengan kasih sayang dari pencipta mereka.
Mereka dahagakan damai dan bahagia bercinta dengan sang pemilik cinta.
mereka sebenarnya mahu mengenal ALLAH yang memiliki damai dan bahagia itu.
mereka juga punya fitrah seperti kita.
Mereka mahu dikasihani dengan belaian yang abadi. 


Mereka mahu. mereka perlu. Mereka berusaha ke arah itu sebenarnya. Hanya terkadang, mereka tak sekuat kita yang dib…