25 November 2011

du'at, lihatlah dengan mahabbah..

بسم الله الرحمان الرحيم


Aku melihat mereka.
Biasa.
tiada yang istimewa.

Mungkin itu kata paling mudah untuk menggambarkan situasi diri mereka. 

Mereka bukan pak lebai yang wajahnya penuh dengan ‘nur’. Mereka bukan ‘budak pondok’ yang dipenuhi ilmu. Mereka bukan imam muda yang disegani.bahkan, mereka juga mungkin bukan makmum masjid yang diabaikan. 

Mereka hanya manusia.

Mereka juga bukan ‘ustazah’ yang sejuk mata memandang. mereka dilahirkan dalam keadaan yang kita tak dapat menjangkanya. Pakaian mereka ‘sekadar’ menutup aurat.


mereka hanya wanita yang dilahirkan sebagai wanita.

mereka juga khalifah seperti kita..



Mereka cuma hamba yang punya keinginan seperti orang lain.
Mereka juga mahu tarbiyah seperti kita.
Mereka juga mahu keluar dari penjara yang membelenggu diri mereka.
Mereka mahu bebas dari cengkaman nafsu yang merajai diri.
Mereka tak betah terus tinggal di daerah dosa yang penuh dengan keindahan.
Mereka tak rela walau hanya pelipis mereka direnggut api neraka.

Mereka juga insan yang mahu dibelai dengan kasih sayang dari pencipta mereka.
Mereka dahagakan damai dan bahagia bercinta dengan sang pemilik cinta.
mereka sebenarnya mahu mengenal ALLAH yang memiliki damai dan bahagia itu.
mereka juga punya fitrah seperti kita.
Mereka mahu dikasihani dengan belaian yang abadi. 



Mereka mahu.
mereka perlu.
Mereka berusaha ke arah itu sebenarnya. Hanya terkadang, mereka tak sekuat kita yang dibajai tarbiyyah dan sogokan ilmu..



Mereka perlukan doa dan dorongan kita sebenarnya.
mereka bergantung dengan tali mahabbah yang kita tebarkan.
Mereka terkapai-kapai di saat mereka menjangka tali itu sedang menghampiri dan menyelamatkan mereka.
Mereka damai dengan tali itu.
mereka bahagia saat melihat tali mahabbah itu di kejauhan.


Hanya kerana terkadang, kita tak mengerti sorot mata mereka yang penuh mengharap.
Kadang juga, kita tak mengendahkan mereka yang sedang terkapai-kapai mengharungi ombak dilema yang membadai emosi.




kasih sayang itu datang dari lubuk hati yang dalam.. 
dan akan masuk ke dalam lubuk hati yang lain pula..
inilah rahsia dakwah RASULULLAH!


sahabat, peluklah mereka dengan rangkulan inayah.
tegurlah mereka dengan panahan hikmah,
bentuklah mereka dengan pedoman Al-Quran dan Sunnah,
pandanglah mereka dengan tenungan mahabbah,
bentuklah mereka dengan sabar tanpa gundah,
buang pesimis dan optimislah..

Duhai para insan yang diberi hidayah oleh ALLAH lebih awal dari mereka..


layakkah kita menghukum?
perlukah kita meminggirkan mereka?
tidakkah kita merasa hina dengan persepsi buruk kita terhadap mereka?

mereka harus berubah..
mereka hendak berubah..
hanya menunggu.. adakah kita juga mahu berubah?

bumi IIUM menyaksikan pertemuan-pertemuan aku dengan 'mereka'
p/s:


1) doaku agar ALLAH terus memelihara iman aku dan kamu. moga ALLAH limpahkan hikmah yang hilang dari orang mukmin ke dalam diri kita semua.


2) bacalah nota hatiku ini dengan 'hikmah'.maka,kamu akan temui hikmah.

uhibbukum fillah :-)

05 November 2011

istimewa: berkorban atau terkorban?

بسم الله الرحمان الرحيم
"garden of knowledge and virtue"

ketika entri ini ditulis, saya masih berada di 'taman budi dan ilmu' UIAM yang saya kasihi. malam ini baru bertolak pulang ke pulau pinang. insyaALLAH sampai esok, pagi raya  :-).

UIAM sunyi dari kesibukan manusia seperti biasa. berjalan-jalan disekitar mahallah, masjid, 'centre', dan pintu pagar utama, mencipta satu muhasabah yang sangat terkesan dalam diri saya. melihat segelintir pelajar yang tak dapat pulang ke kampung halaman menimbulkan sebuah cetusan optimis dalam minda. moga ALLAH menliai pengorbanan mereka yang berkorban demi perjuangan ilmu.


menghidupkan zulhijjah

1)sepuluh hari pertama zulhijjah. 
rasulullah-salallahu alaihi wasallam- sudah memberi panduan untuk kita lebih menghayati makna pengorbanan, dengan menyemarakkan ibadah pada sepuluh hari pertama zulhijjah.



Ibn ‘Abbas r.a berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Tiada hari yang mana amal soleh pada hari itu lebih dicintai Allah daripada sepuluh hari (awal Zulhijjah). Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, tidak juga jihad di jalan Allah? Baginda s.a.w menjawab: Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan jika seorang lelaki itu keluar dengan nyawa dan hartanya, dan dia tidak pulah (terbunuh).
 [Sunan at-Tirmizi: 687]



"Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai oleh Allah untuk berbuat 
kebajikan (kebaikan) di dalamnya daripada 10 hari (Zulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu bertahlil, bertakbir dan bertahmid (berzikir 
mengingati Allah)".
[Hadis Riwayat Imam Ahmad]


2) hari arafah(9 zulhijjah)

“Berpuasa pada hari Arafah karena mengharap pahala dari Allah melebur dosa-dosa setahun sebelum dan sesudahnya".
 [Shahih Muslim:1983]

 Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud: "Sebaik² DOA ialah doa pada Hari A'rafah dan sebaik²nya ialah apa yang aku & para Nabi yang lain sebelumku (katakan iaitu);
 لا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْر
[Riwayat Imam Tirmidzi rahimahullah]

3) hari raya (10-13zulhijjah)

melaksanakan solat hari raya dengan penuh penghayatan. bahkan, wanita yang haid juga digalakkan turut sama mendengar khutbah hari raya.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : " خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي أَضْحَى أَوْ فِطْرٍ إِلَى الْمُصَلَّى
Daripada Abu Sa;id al-Khudri r.a, Rasulullah s.a.w keluar ke musolla/tanah lapang pada hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.[Sahih al-Bukhari: 296]

Jubair bin Nufairberkata : dahulu para sahabat Rasulullah shallallahu alaihi wasallam apabila mereka bertemu pada hari raya sebagian mengucapkan kepada sebagian lain :"Taqabbalawahu minna waminkum".
[Fathul Bari (2/446)]


berkorban atau terkorban?

'pengorbanan' bukanlah sesuatu yang 'simple' dan singkat, bahkan terhasil sebagai natijah dari sabar, redha dan iltizam. kita semua akan menyambut hari raya aidiladha esok bersamaan 6/11/2011, hari ahad. persoalannya, dari titik manakah kita akan menghargai dan menikmati aidiladha dengan IMAN dan TAQWA?

jawapannya ada disebalik sejauh mana kita berkorban.
sabar itu berkorban. sabar melakukan dalam puasa, sabar dalam menahan nafsu, sabar melaksanakan perintah ALLAH, sabar, sabar, dan sabar.

di sini sebenarnya signifikan dalam mencontohi kesabaran Nabi Ibrahim dalam mentaati perintah ALLAH.

bermula baginda diperintah meninggalkan anak dan isterinya di tengah padang pasir yang tiada setitik air dan tidak berpenghuni. setelah bertemu dan bersama dengan anaknya membangun kaabah, baginda diperintahkan untuk menyembelih putera kesayangannya, nabi ismail.anak yang taat dan soleh ini dengan penuh redha dan tenang menjawab kepada ayahnya:

 ".. wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insyaALLAH, ayah akan mendapati aku dari orang yangsabar..": hal ini diceritakan oleh ALLAH dalam surah (as-soffat:102).

pengorbanan nabi ismail dan nabi ibrahim adalah hasil dari sabar. lantas ikhwati fillah, andai kita melaksanakn ibadah dan ketaatan tanpa SABAR, adakah kita berkorban atau terkorban dengan amalan kita sendiri??


akhir kalam

doakan perjalanan malam ini diberkati ALLAH.kepada semua sahabat alam maya dan nyata saya ucapkan..:



"تقبل الله منا ومنكم"

"SEMOGA ALLAH MENERIMA AMAL IBADAH KITA SEMUA"

~dari saya dan keluarga~

03 November 2011

santai: isteri solehah, ibu murobbiyah

بسم الله الرحمان الرحيم

"... perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah…”
 (Surah an-Nisaa’, ayat 34)

Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.”
 (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)


Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah s.w.t. dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.”
(Hadis Riwayat Al- Bukhari)


Nabi bersabda , “Mana-mana perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan suaminya redha padanya, maka dia akan masuk syurga”.
 (HR At-Tirmidzi)

hadis dipetik dari laman:tazkirah..

p/s: sebarang kesalahan harap dibetulkan. belum sempat rujuk kitab :-)
ke arah menjadi isteri solehah, ibu murobbiyah... siapkan diri kita.

sebar-sebarkan...
jumpa di sana ya InsyaALLAH.. :-)