21 September 2011

~pilihlah..~

بسم الله الرحمان الرحي

alhamdulillah,hari ini 'boleh' menulis lagi. malam tadi berjuang memindahkan barang ke bilik baru *tingkat 4 naik tangga*. hanya ALLAH yang tau betapa penatnya (>_<).. apa pun, moga ada nilai di sisi ALLAH.


redha.
pilihlah untuk redha sekalipun ia pahit..
hakikatnya, hidup ini pilihan. selagi kita hidup, selagi itulah kita mesti memilih..

berilmu atau jahil,
berjaya atau gagal,
rajin ataun malas,
riya' atau ikhlas,
berani atau takut,
baik atau jahat,
adil atau zalim,
menjadi kaya atau tetap miskin..

pilihan kita untuk kita, belum tentu baik. tapi, pilihan ALLAH untuk kita, itulah yang terbaik


ada orang yang menganggap pilihan satu perkara yang enteng. ada setengah orang pula, hampir stress bila terpaksa berhadapan dengan pilihan.

siapa pun kita, segenap urusan biarlah ALLAH ada bersama urusan itu. belajarlah mencintai apa-apa nikmat ALLAH untuk kita. rasailah kasih sayang ALLAH di setiap saat kita memilih.

nasihat saya, hadirkanlah taqwa ketika kita harus memilih. kata ibnu 'athoillah dalam kitab hikam: "ketika kau harus memilih, pilihlah pilihan yang LEBIH mendekatkan dirimu dengan ALLAH.."

jadi, saya memilih untuk berhenti di sisni sahaja. "sebaik-baik perkataan adalah yang ringkas dan padat".
wassalam.

* jumaat ni,saya harus memilih lagi. ~ya ALLAH, mudahkan yang lebih baik bagiMU~

04 September 2011

cerita saya. doakan :-)


 بسم الله الرحمان الرحيم

ramadhan yang berlalu bukan sekadar berlalu. memberi seribu ibrah dan pengalaman buat insan kerdil ini.
tempoh tarbiyyah ini takkan selesai selagi nyawa dikandung badan. dan kini, syawal belum berakhir.

sebuha tekad baru. sebuah harapan baru. sebuah usaha baru. tak bermakna yang lama dilupakan. segala yang baru bermakna pertambahan untuk yang lama.

hakikat umur kita bertambah setiap hari. 'hari ini lebih baik dari semalam' itulah matlamat wajib bagi setiap muslim untuk setiap harinya.. jika kemarin kita seorang pelajar dalam universiti kehidupan, maka hari ini kita mesti menjadi guru bagi pelajaran kemarin. guru yang terus belajar. subhanallah, hebatnya kehidupan ini. setiap hari pasti ada ilmu baru yang ALLAH titipkan untuk hambanya. cuma, kadang2 kita tidak sedar dan tidak berusaha mencapainya.. ~muhasabah~

alhamdulillah.alhamdulillah. alhamdulillah.
entri kali ini sekadar berkongsi perjalanan hidup saya dengan kalian. jujur, saya jarang menulis kisah peribadi dalam blog. cuma, kali ini saya terpanggil bercerita kepada klian yang sentiasa dekat di hati saya...

cerita saya...
 bukan lagi melalui tulisan. tapi melalui gambar ini.


insyaALLAH, saya daftar hari ini 4/9/2011

 setelah hampir 11 bulan tidak melalui proses pembelajaran secara formal, kali ini saya akan melaluinya. memasuki alam universiti bukan suatu yang biasa bagi saya dan sahabat2 yang belum biasa. tapi, saya sedia.
dugaanya pasti berbeza. 
doakan saya dan sahabat2 lain.
doakan kami mendpat ibrah yang luarbiasa dari perjalanan ini.
doakan segalanya berjalana dengan lancar.

salm sayang kerana ALLAH buat semua. :-)