19 August 2011

tertangguh - "ramadhan, aku ingin terus disini! "

بسم الله الرحمان الرحيم


Ramadhan, aku ingin terus disini!

detik ini,
aku masih disini,
sekalipun sebahagianmu sudah pergi,
walaupun yang lalu takkan kembali,
walaupun segunung penyesalan aku hayati,
walaupun berjuta lautan rahmatNYA aku rugi,

alangkah celaka sang diri!

 
Duhai diri,
Kau pendosa kau pendengki,
Kau sering menyesali,
Kemudian kau ulangi,
Betapa malumu kau ketepi,
Namun ALLAH tak berhenti mengasihi,
Mengecapi nikmat bertamu disini,
ALLAH belum mahu hentikan nikmatNYA lagi,
Kerana DIA mahu hari ini kau perbaiki..



Sungguh esok itu pasti,
Namun belum pasti untuk sang diri,
Lantas teruslah berlari ,
Mengejar dan merempuh aral yang utuh berdiri,
Bertindak untuk hari ini,
sementara ramadhan belum pergi,
sedangkan mati itu mesti, dihayati.


Walau batinku menjerit, meracau, merayu simpati...

“Ramadhan, aku ingin terus disini!”



 - Zahra’ Fajar Nina -
10.03a.m,
10 ramadhan 1432,
cheras, kuala lumpur.