Skip to main content

Posts

Showing posts from June 25, 2011

baitul muslim ?

بسم الله الرحمان الرحيم

zahra’, apa pandangan enti tentang kahwin muda?

Wah, entah kenapa sejak akhir-akhir ini ramai yang minta pendapat tentang perkara ini. Ada juga yang istilahkan dengan topik perbincangan ‘islam, cinta dan perkahwinan’. Saya pun teruja dengan perkembangan dan perubahan isu yang pesat dalam kalangan remaja islam era globalisasi. Mungkin tempias nasi minyak bulan JUN yang lalu atau memang sudah tiba masanya... saya kurang pasti. Apa yang pasti saya terpanggil memberi pandangan.
~Kahwin muda vs study, sila klik komen ustaz hasrizal ~



Kahwin muda vs ready
kahwin, bukan satu perkara yang mudah. Bukan perkara endah tak endah. Bukan juga hanya menghindar resah. Alam perkahwinan menjanjikan seribu satu perasaan. Bukan Cuma bahagia yang ada. Bukan juga hanya sengsara yang tercipta. Persoalannya, bagaimana kita membentuk rumahtangga itu.
Membentuk rumahtangga bukan hanya ambil kira siapa pasangan kita.
” calon ana ni insyaALLAH soleh, dah kerja, aktivis dakwah lagi. takkan nak …