Skip to main content

Posts

Showing posts from February 6, 2011

ilmu, bukan hanya di mesir.

بسم الله الرحمان الرحيم
alhamdulillah. 31 januari lalu keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diumumkan. alfu mabruk, jutaan tahniah kepada sahabat2 yang berjaya dengan cemerlang. kepada yang belum cemerlang, yakinlah segalanya telah tercatat di luh mahfuz tentang diri kita. dari sebesar hingga sekecil-kecil perkara ALLAH telah tetapkan. sekecil DNA yang terbentuk dalam diri kita.Allahuakbar.


impian ke mesir
tak dinafikan, sebahagian besar sahabat2 saya mempunyai impian besar ke mesir. saudara juga barangkali. meneruskan pengajian dan menuntut ilmu di  bumi anbiya' sebenarnya turut menjadi harapan di lubuk hati saya yang terdalam. mudahnya, tersenarai dalam perancangan hidup. tapi mungkin bukan sekarang.
alhamdulillah. diberi kesempatan bersembang dengan seorang sahabat, kami berbincang halatuju masing-masing selepas STAM. sahabat saya, tergolong pelajar cemerlang dalam STAM. 9mumtaz dan 1jayyidjiddan. " nak sambung mana? mesir?", saya mula bertanya walaupun saya sudah ta…