17 September 2010

peristiwa 1 SYAWAL....


1)kak zahra....!! mesej
2)kak zahra....!! mesej lagi.
entah berapa kali adikku memanggil..

memang masuk 1 syawal yang lalu hampir 30 mesej memenuhi inbox ku...
biasa, semuanya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan memohon maaf..

buat mana2 penghantar mesej yang tak sempat kubalas mesejnya.. maaf ya.. tak menang tangan:-)

namun, ada sesuatu yang ku tunggu...
ucapan TAQOBBALALLAHU MINNA WA MINKUM..

mulanya agak sedih kerana ucapan sunnah ini sudah mula dilupakan....
تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ
“Semoga Allah menerima (amal) dari kami dan dari kamu.”
[Fathul Bari, jld. 2 hlm.446]



mmm...atau mungkin ramai yang belum tahu ya...



peristiwa 1

di pagi syawal yang indah.. ketika semua manusia meraikan kemenangan mereka melawan hawa nafsu...
ketika semua manusia bersih dari dosa dan kembali pada fitrah....
ketika manusia berpusu-pusu memenuhi masjid..... (sunnahnya di padang:)



aku juga termasuk dalam kalangan mereka...
yah.. ketika langkah kaki kananku memasuki perkarangan masjid Seberang Jaya..



ada 3 orang wanita sedang mendaduk simpati orang ramai meminta sedekah...
masing2 mengendong anak kecil yang hanya mampu menyusu...



Ya, ALLAH.. masih ada manusia yang tidak gembira rupanya..
barangkali mereka tak punya baju raya, kasut raya, dan apa shj berkaitan raya...

hatiku berbicara.... YA ALLAH.. salahkah mereka??




peristiwa 2



di masjid yang sama, selepas solat hari raya...
datang sekumpulan wanita sekitar 5 orang., mereka menghampar sejadah berdekatanku..


hadirat yang sedang mendengan khutbah semua memandang mereka....
ada yang hairan, ada yag simpati, ada yang pelik, dan tak kurang juga yang ketawa....:0





kumpulan wanita itu tak menyedari..... sehinggalah selesai khutbah, semua hadirat bersurai..
mereka terpinga-pinga...???


melihat semua menaggalkan telekung, mereka juga ikut....



hatiku berbicara lagi,
YA ALLAH... era malennium mcm ni... masih banyak manusia yang jahil rupanya.....
nah, maka kitalah manusia yang berilmu(walaupun sedikit) perlu menjernihkan kejahilan mereka...
ampuni kami Ya ALLAH...




peristiwa 3 (paling bermakna)



abi nak ke Kuala Ketil?? adikku bertanya,
ya.. nak ziarah jemaah...(shbt2 abi)



Alhamdulillah... boleh berziarah, rapatkan ukhuwwah.... adikku berceloteh



tiba2 mindaku teringat sesuatu....ha, ada rumah seseorang di KKetil...

slepas berziarah ke rumah shbt abi,
perjalanan silaturrahmi diteruskan ke kg.Paya besar...
rumah seorang sahabatku.....
cukup aku perkenalkannya sebagai HIDAYATI..



tatkala bersua dengan sahabat yang amat aku kasihi kerana ALLAH..
hati terasa ada satu kekuatan... ya, kekuatan ukhuwwah berlandaskan keimanan,


teringat aku pada novel sinergi yang dia hadiahkan kepadaku...ya.. 1+1=3 inilah sinergi

umat islam perlu berukhuwwah dengan iman... barulah ada sinergi!!
ukhuwwah ku dengan hidayati memang berbeza..

kerana kami memahami erti sebenar iman.... juga bersama siapa sahaj yang memahami iman...

~jam 1.00 ptng~

2 jam kami berkongsi cerita dan pengalaman travelog tarbiyah masing2...masa terasa amat singkat... keraa janji

ALLAH :(demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh.....)

demikianlah pertemuan dua mujahidah... sebelum berpisah, (sementara):

- "zahra, ada sesuatu untuk nt...." hidayati memanggilku sambil menyerahkan sebuah beg kertas.

-" jazakillah ya.. berpisah kita kerana ALLAH juga kan..." aku menyambut huluran tangannya sambil berkata separuh berbisik... entah dia dengar atau tidak... yang pasti ruh yang saling bertaut pasti merasakan itu...



~jam 5.00 ptng~

handsetku berdering...- HIDAYATI KHALILI-

berlaku dialog di bawah,


- Assalamualaikum....
-waalaikumussalam...
-zahra, doakan ana dan semua ya...
-kenapa???
-ana accident... tak teruk... tapi kak ipar ana tak sedar... masuk hospital


YA ALLAH, memang teratur aturan ALLOH....
lantaran kita harus bersedia dan redha dengan apa sahaja dugaan yang bakal ALLAH sajikan buat hambanya yang beriman..


sabar ya sahabatku, usrati juga doakan untk kesejahteraan enti sekeluarga...


~jam 8.50 mlm~



- assalamualaikum, mcmna semua, aku memulakan bicara,
- alhamdulillah, y len ok ja.. kak ipar ana ja yang masih tak keluar hospital...
-.............................................
-sebenarnya, hadiah yang ana bg kat nt tu, ana dpt sbb satu anugerah....
-dah tu, knapa bg kat ana? .. aku menduga.
-sbb ana tak layak dpt....


sekali lagi hati kecilku berbicara... YA ALLAH terima kasih kerana mengurniakanku seorang sahabat yang benar2 sahabat.........





sahabat blogger sekalian,
kisah ukhuwwah ini klu mahu dicoretkan..
terlalu banyak ... terlalu kompleks...
kerana ianya berkaitan dengan iman....
ya.. iman yang perlu dibina dengan PERJUANGAN!!


insyaallah, syawal ini, ayuh kita hidupkannyan dengan iman...
sambunglah pentarbiyahan ramadhan.....


SELAMAT kembali kepada FITRAH...




















































































05 September 2010

عتق من النار ؟؟؟

subhanallah,

dah nak tamat pun fasa ke 3 RAMADHAN ni...

jom muhasabah sat... layakkah kita mengecap hari 'kembali kepada fitrah' tak lama lagi???

hmm...
rahmat ALLAH juga yang menggerakkan hati ini untuk mencapai buku "hidupkan hatimu" karangan DR 'AIDH AL-QARNI..


hati ni, mudah sangat berbolak-balik...kadang kita semangat, kadang rasa malas... kadang semangat balik... macam tulah manusia..

tapi takkan kita jadi macam ni kalau tarbiyah ramadhan melekat dalam jiwa kan??


ramadhan ni macam tmpat mengumpul bekalan untuk berhadapan kehidupan mencabar dlm 11 bulan akan datang. klu kita sungguh2, banyak bekalannya..

k.. kita sambung point utama yang nk dikongsikan...


duhai manusia, sesungguhnnya kita senantiasa berdosa.

pagi berdosa, petang berdosa,dalam bas berdosa, depan laptop berdosa,

dan berjalan pun kita berdosa, kerana sesungguhnya kita diciptakan dari tanah,

sedang karakter tanah itu mudah goyah dan tak boleh diam.


tetapi,

setelah kita melakukan kesalahan, dan setelah kita melakukan dosa pada ALLAH,

DIA membukakan 10 buah pintu,


kata Ibnu Taimiyah,pintu inilah yang dikatakan sebagai pintu penghapus dosa:


1. ISTIGHFAR...


2. TAUBAT NASUHA...


3. MELAKUKAN AMALAN KEBAIKAN YANG MENGHAPUS DOSA. Firman-Nya: اءن الحسنات يذهبن السيئات ذالك ذكرى للذاكرين ( Qs.HUUD(11):114 )


4. PELBAGAI MUSIBAH YANG MENIMPA MANUSIA...


5. DOA MU'MIN SHOLEH....yang diperuntukkan bagi yang layak..


6. PEDIHHNYA RASA SAKIT KETIKA MATI..semoga ALLAH merigankan bagi diri kita.


7. AZAB KUBUR.. pastinya menlayangkan jiwa para 'abid jika membayangkannya.


8. KATAKUTAN YANG AMAT SANGAT KETIKA BERTEMU ALLAH PADA HARI KIAMAT.


9. SYAFA'AT RASULULLAH. PARA WALI DAN PARA SHOLEHIIN. sesungguhnya ini telah dinyatakan kebenarannya oleh kalangan ulama' Ahli sunnah.


10. RAHMAT DARI YANG MAHA PENYAYANG..


seterusnya, Ibnu Taimiyah mengatakan bahawa sesiapa yang tak melalui 10 perkara di atas, dia pasti masuk neraka dengan sebenarnya, karena sesungguhnya dia telah lari dari Allah seperti unta yang lari dari pemiliknya...


namun,


ada 4 pencegahan berfungsi sebagai penghalang yang membentengi diri dari terjerumus kedalam kedurhakaan....


1. MUROQABATULLAH.....


2. Menanamkan dalam diri akan keagungan ALLAH...


3. mengingati kematian dan peristiwa yang akan jadi sesudahnya...


4. mengingati tanda2 kekuasaan Allah...



rasa menggeletar pulak tangan nk teruskan menaip....


takut amalan selama ramadhan jadi sia2 sebab kita beribadah ikut apa yang kita rasa terbaik, tapi kita tak buat ikut apa yang ALLAH nak!...


ayyuhal ikhwah, ayuh kita saling ingat memperingati untuk UMMAH yang kian tenat. bukan masanya lagi kita berseonok seperti remaja lain. kerana hakikatnya kitalah aset yang mampu menggemilangkan islam, memperkukuh fardhu muslim bagi membuka mata dunia.... sesungguhnya islam pernah menguasai 2/3 dunia..!


sahabat,


hidupkan hatimu! agar kita layak tergolong dalam kalangan insan yang bebas dari api neraka..