Skip to main content

Posts

Showing posts from June 16, 2010

banyak yang kita keliru tentang bulan rejab....

Oleh: Dr. Yusuf al-Qaradhawi

SOALAN:

Banyak kami dengari dari khatib Jumaat – terutama pada awal bulan Rejab – hadith-hadith yang mereka riwayatkan tentang pahala yang besar yang dijanjikan oleh Allah bagi orang yang hanya berpuasa sehari di dalam bulan Rejab. Antara hadith ini ialah: “Rejab bulan Allah, manakala Sya’ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku.” Apakah pandangan tuan dengan hadith-hadith sebegini? Apakah hadith-hadith ini sahih? Apakah pula hukum sesiapa yang meriwayatkan hadith palsu yang dinisbahkan kepada Nabi S.A.W. kepada orang ramai?


JAWAPAN:

Tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab sesuatupun, melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang meng…