24 December 2010

tinta MUTAROBBI ILALLAH...


بسم الله الرحمان الرحيم

menyelami kehidupan seorang daie memang perit, pedih, payah... tambahan pula bila kita merasa diri, sendiri. ketika sahabat yang amat memahami tak berada disisi.. tak ada yang memahami... kadang terasa ALLAH bakal menguji dengan sesuatu yang lebih berat setelah berat ini berakhir...

terkadang, pencarian sering menemui badai. perancangan demi perancangan yang terbina sering menemui jalan buntu..

hakikatnya yang kita cari adalah sebuah kebaikan... tak ada yang salah (pada hemat manusia mungkin). dan kadangkala muncul keluhan-keluhan kecil jauh di sudut hati yang dalam:...

- nak buat benda baik pun susah...
- camnilah kalau janji ngan orang islam, kalau orang jepun, mereka jarang tak jadi bila merancang...
- rasa macam aku sorang ja nak benda baik...

dan keluhan2 lain....

hendakkan segalanya perlukan tarbiyyah



sahabat dan ikhwah akhwat yang dikasihi,
optimislah! usah mudah pesimis dengan percaturan ALLAH dalam susur galur hidup kita...

sesungguhnya segala persoalan yang menjadi dilema dalam dakwah ini, ditangkis dengan mudah oleh ALLAH melalui kalamNYA yang suci...


mungkin kita akan bertanya dalam diri...


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU INGINKAN?
" boleh jadi kamu membenci sesuatu pdahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu mnyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH amat mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui "
 (al-baqarah:216)

KENAPA UJIAN UNTUKKU SEBERAT INI?
" Allah tak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya "
(al-baqarah:286)

FRUSTNYA!!??
" janganlah kamu bersikap lemah dan jangan pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang beriman "
(ali imran:139)

MACAMANA NAK HADAPI SEMUA DUGAAN NI?
" dan mintalah pertolongan dari ALLAH dengan kesabaran dan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk "
(al-baqarah:45)

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NI??
" sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka "
(at-taubah:111)



kembara insan menuju cahaya

sayang ALLAH pada kita melebihi seorang ibu yang kehilangan anaknya... 
cuma, apakah kasih kita padaNYA dibuktikan dengan adab2 terhadap ALLAH?

semoga ALLAH tetapkan hati kita dalam segala bentuk kebaikan dah hikmah..

WALLAHU A'LAM

18 December 2010

RANCANG ,RANCANG DAN RANCANG.... X JADI?

بسم الله الرحمان الرحيم
 ..... السلام عليكم.... 
 Apa KhAbAr HAti?
 BaGaimaNa iMan Hari Ini? 
ayUh, SiapkaN ruH peRkaSaKan KeNdiRi,
 taJdiDkaN FiKraH... ciri DaiE seJaTi.



"kebenaran tanpa perancangan akan dikalahkan oleh kejahatan yang dirancang"

sungguh, kata2 ini banyak menjadi inspirasi saya dalam menguruskan kehidupan ini untuk akhirat. siapa yang mahu kebenaran terus-menerus dizalimi?. lantaran prancangan demi perancangan dibuat bagi merealisasikan sebuah impian.

merancang untuk ummah



18-21 disember 2010
- halaqoh bersama akhwat
- ziarah ke 'daar' akhwat
- jaulah meninjau ummah


21-24 disember 2010
- usroh bersama mutarobbi
- qiyam /ifthor jamaie


24-26 disember 2010
-amal jamaie untuk qiyadah
- daurah qiyadah


31dis- 2 jan 2010
- jaulah ilmiyyah
- daurah ilmiyyah


perancangan?
ya, melaksanakna sesuatu yang terancang memang terasa lapang,
merancang sesuatu yang sudah pasti akan berlaku adalah lebih tenang,

tapi,
adakah yang dirancang itu sama dengan kehendak sang PERANCANG?

nah, disinilah redha itu dinilai...
redha dengan kelancaran sesuai perancangan ataupun terpaksa redha dengan sesuatu yang hanya tinggal 'perancangan'..?

redha itu menambah rahmat


sebab itu seorang mukmin perlu meletakkn seluruh hidupnya, matinya, ibadahnya, cintanya, segalanya kepada ALLAH.

masih ingatkan kita pada firmannya:

"وما رميت اذ رميت ولاكن الله رمى"
 -..dan tidaklah kamu melontar ketika kamu sedang melontar tetapi ALLAHlah yang melontar..-

begitu juga dengan firman ALLAH:

" makaruu wa makarollah, wallahu khairal maakiriin"
-..merka membuat makar (merancang) dan ALLAH juga membuat makar, dan sebaik-baik pembuat makar adalah ALLAH..-

saya hanya ingin mengajak sahabat2 sekalian, merenung setiap inci hidup kita pada dimensi pandangan yang bijaksana. memandang bukan hanya dengan pancaindera fizikal, tetapi juga dengan mata hati yang tiada  had pandangannya..

jika kita pernah merancang dan gagal, maka kita tidak pernah gagal untuk merancang!
" jika kamu berazam, maka bertawakkallah kepada ALLAH.

doakan perancangan kita diredhoi..
selamat merancang untuk islam!

wallahu a'lam.

08 December 2010

-:: memberi itu bahagia::- (praktikal)

بسم الله الرحمان الرحيم 

 ..... السلام عليكم....


... bersambung dari http://firaszahrafajar.blogspot.com/2010/12/memberi-itu-bahagia-prolog.html


KAS 2 (22-25 nov 2010)

KAS digerakkan bawah pembangunan insan negeri kedah. sebelum ke kem  ni, para fasi perlu menghadiri seminar fasilitator yang diadakan di sekolah integrasi faizin(SAIF). kami berada di SAIF selama 2hari 1malam. kami dikumpulkan bersama fasi2 kem bina insan(KBI). Alhamdulillah, di sini nilai ukhuwwah kerana iman diterapkan. iaitu ukhuwwah yang terinspirasi dari keberkesanan dakwah Rasulullah bersama para sahabat.

hari ke2,tibalah saat hati2 yang sudah tertaut atas landasan dakwah ini berpisah. kami akan dihantar ke salah1 dari 4 KAS diljalankan iaitu di Langkawi,Merbok,Alor Setar dan Saif. Penulis ditempatkan di sekolah rendah islam darul aman(SRIDA). memang ketika ini perasaan bercampur baur. takut,sedih, gembira, teruja. mana tidaknya, kami dikhabarkan tentang latarbelakang bakal adik2 yang akan kami jaga. ada di antara mereka anak datuk, anak pensyarah, anak pegawai tinggi kerajaan pendek kata 'educated student'.



barisan fasi dan urusetia KAS SRIDA


seharusnya tiada ketakutan bagi seorang pejuang melainkan mereka yakin cukuplah ALLAH bagi mereka (at-taubah 9:59). maka langkah kami adalah langkah pejuang agama ALLAH! mengerah sedikit tenaga dalam memastikan ilmu fadhu 'ain sampai kepada ummah.

hari pertama di SRIDA, para fasi dan urusetia sama2 mengemas tempat penginapan dan tempat program keseluruhannya. agak letih tapi alhamdulillah, satu pentarbiyahan sebelum mentarbiyah. sedikit sebanyak mengislah diri menilai erti seorang hamba."اصلح نفسك وادعوا غيرك"-perbaiki dirimu kemudian ajaklah orang lain.



dewan SRIDA setelah dikemas

ibrah dari KAS 2

selama 4 hari mengendalikan KAS bersama sahabat2 fasi dan urusetia, ukhuwwah makin dirasakan. bersama adik2 peserta juga, ukhuwwah itu diserap dengan berhikmah. matlamatnya cuma 1.halaqah yang berpanjangan hingga ke syurga. inilah ukhuwwah yang berpaksikan IMAN.insyaALLAH bakal dirindui dan diingati. bukan sekadar dalam memori, tapi biar lekat di hati agar terbina matlamat baru untuk ummah!

berbanding KAS1(anak nelayan) yang penulis kendalikan, peserta KAS2 lebih terdedah dengan ilmu akhirat.mengimbau kenangan mengendalikan KAS1 di Sek men islam darul ulum(SMIDU), penulis diamanhkan dengan 10orang peserta yang semuanya terdiri daripada anak2 nelayan. tampang merka memang berbeza dari anak2 bandar. alhamdulillah, banyak mengajar penulis erti bersyukur.

penulis bawakan 1 kisah mengenai peserta di KAS1.

kisah 1- nafisah(bukan nama sebenar), umur 12 tahun. tidak pernah menunaikan solat kecuali sunat raya. sebabnya, tiada orang yang nak pantau ibadahnya.ayahnya melaut dari jam 6pg hingga 12 malam. ibunya amat jarang menuanikan solat. barangkali tidak tahu bahawa solat itu wajib.

kisah ini bukan untuk membuka aib..tapi untuk membangkitkan ikhwah dan akhwat tentang tanggungjawab
yang kian menimbun untuk kita, orang yang punya ilmu. usah gah dengan ilmu tanpa amalan..


peserta KAS 2 dalam masjid SRIDA

peserta KAS2 ketika muhasabah

peserta perempuan






KRG (1-3 disember 2010)


kem remaja gemilang



kem remaja gemilang anjuran INTIS consultant bertempat di institut Al-Qayyim bukit mertajam. penulis diamanahkan mengendali KRG perempuan. alhamdulillah, walaupun hanya 5 orang fasilitator yang terlibat, kem ini berjalan dengan lancar. peserta yang terlibat bermula umur 9tahun hingga 16tahun.


istimewanya KRG

modul yang tersedia dalam KRG lebih kurang sama dengan kem2 islam yang lain seperti praktis solat, bersuci, adab seharian dan yang istimewanya peserta turut diajar cara memandi dan mengkafankan jenazah. bertuahlah ibu bapa jika mempunyai anak seawal umur 9 tahun yang mampu memandi dan mengkafan sendiri jenazahnya.


peserta mengkafan jenazah



setiap modul dalam kem ini juga bukan semata2 modul tetapi turut disertakan dalil dari sanad2 yang shoheh (modul boleh dilihat di intisonline.com.) disinilah aqidah yang benar itu dapat diterapkan. pada hemat penulis, silibus di malaysia juga boleh buat begini sekaligus elakkan taqlid. dan kita sendiri terpelihara dari sebarang 'kesilapan' menilai martabat sesuatu hadis.

ya, kalau peserta seawal umur 9 tahun diperkenalkan dengan perkara begini, mengapa tidak kita? pernahkah kita menilai solat kita? menilai keshohehannya.. atau sekadar mengikut silibus sekolah yang telah tersedia. imam syafie sendiri mengatakan bahawa :
 "فاءذا صح الحديث فهو مذهبي"
-jika shoheh sesuatu hadis maka itulah mazhabku-

kalau benar kita sayang rasulullah, maka ikutlah rasulullah dalam segenap perkara dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya.boleh rujuk dalam link ni..http://fiqh-sunnah.blogspot.com

di akhir KRG peserta akan diuji dengan apa yang mereka pelajari sepanjang kem. ujian berdasarkan hafalan bacaan2 tertentu, praktis, dan potensi. keputusan ujian akan ditunjukkan kepada ibubapa pada sesi bersama waris. tujuannya supaya ada interaksi dua hala antara fasi dan waris secara lebih dekat.




sesi bersama waris




peserta di uji secara teliti
perkongsian ini bukan sekadar cerita suka dan duka.  tetapi perkongsian bersama meningkatkan martabat ummah yang muslim!
wallahu a'alam

-::memberi itu bahagia::- (prolog)

بسم الله الرحمان الرحيم

 ..... السلام عليكم.... 
Apa KhAbAr HAti?
BaGaimaNa iMan Hari Ini? 
ayUh, SiapkaN ruH peRkaSaKan KeNdiRi,
 taJdiDkaN FiKraH... ciri DaiE seJaTi.


setiap mu'min itu harus sering mengisi hidupnya dengan menerima dan memberi. tak ada istilah boring ya dalam hidup ini.sebolehnya elakkan masa kita terbuang dengan main game, melayan facebook, dan ber'sms' yang tak membawa manfaat. gunakan masa yang ada sebaiknya sementara masih punya waktu!


erti hidup pada memberi

alhamdulillah, ada pengisian khusus cuti kali ini.bahagia rasanya dapat memberi sedikit khidmat dalam kem anak soleh (KAS) dan kem remaja gemilang (KRG). hikmah bila nak memberi, perlu menerima.. seperti satu kata2 hukama' arab:
"فاقدوا الشئ لا يعطى "
-orang yang tak ada sesuatu, tak dapat memberi-

hakikatnya,memberi adalah suatu kebahagiaan. memberi, adalah bahagia dalam derita walaupun sekelumit cuma.bahkan baginda nabi sallallahu 'alaihi wasallam juga pernah bersabda dalam sebuah hadis shoheh:


" بلغوا عني ولو آية "
-sampaikan dariku walaupun satu ayat-

sedar tak sedar,memberi ni sama ja macam konsep ithar kan? mengutamakan orang lain dari diri kita sendiri ayuh telusuri kenapa rasulullah ajar kita bersikap ithar..


kajian seorang saintis barat bernama Dr Alen mendapati bahawa para dermawan, ahli politik dan orang2 kaya yang suka menderma (memberi) mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada orang di sekeliling mereka bahkan kesihatan mereka 95% lebih baik daripada orang yang menerima pemberian tersebut.

nah sekarang sains sudah membuktikannya. kalau al-quran dan sunnah memang sejak lebih kurang 1400 tahun  yang lalu sudah terbukti!

 sebab tu kalau kita tengok guru2 dan pensyarah2 kita. walaupun kadangkala kerja meraka melebihi seorang perdana menteri yang menguruskan negara, tapi mereka masih mampu tersenyaum dan melayan karenah anak didiknya. kenapa ya? kerana mereka memberi!


اتصال.....

05 December 2010

بسم الله الرحمان الرحيم..... 
السلام عليكم....
 Apa KhAbAr HAti?
 BaGaimaNa iMan Hari Ini?
 seManGat JiHad MenuRUn AtaU kIAn MeniNgGi? 
ayUh, SiapkaN ruH peRkaSaKan KeNdiRi,
 taJdiDkaN FiKraH... ciri DaiE seJaTi.

ketenangan milik orang2 beriman

sebenarnya, banyak yang ingin dikongsikan... tapi mungkin coretan mungil ini sebagai wadah ringkas untuk bersua muka dengan kalian..

insyaALLAH perkongsian lanjut akan menyusul..

coretan ni sekadar melepas bicara minda... sahabat2 sekalian, dimana agaknya hati kita sekarang?  bagaimana istiqamah kita yang lalu? masihkah berterusan kefahaman dalam jiwa kita dan ummah?

benarkah manhaj kita masih selari dengan ertikata sebenar tentang al-quran dan as-sunnah? 


al-quran #
 tadabbur dengan segala isi zahirnya serta hikmah di sebalik tafsiran kitab mulia ini.. menelusuri setiap bait dan sabab nuzul kalam suci..

as-sunnah #

setiap langkah dan kelakuan berdasarkan sunnah baginda.. menapis segala penipuan dalam as-sunnah.. sehingga timbul satu kecintaan yang hebat terhadap baginda nabi sallallahu alaihi wasallam..



bicara kita seringkali penuh dengan keindahan,
namun, apakah ia benar2 indah hingga ke jannah?
ingatlah sahabat, penilaian bicara kita oleh ALLAH.. bukan ciptaan ALLAH..
bicara ini, pasti akan di uji.

musyahadatullah membawa mardhotillah..
ayuh, sekarang!


29 November 2010

HiKmAH daLaM KeMBara INI.....

بسم الله الرحمان الرحيم
..... السلام عليكم.... 
 Apa KhAbAr HAti?
 BaGaimaNa iMan Hari Ini?
 seManGat JiHad MenuRUn AtaU kIAn MeniNgGi?
 ayUh, SiapkaN ruH peRkaSaKan KeNdiRi,
 taJdiDkaN FiKraH... ciri DaiE seJaTi.
perkongsian kali ni tentang kembara ifradi ke bumi NAKA, KEDAH..
 kembara? ya mungkin sebab ana tinggal di pulau pinang.. tak kira sejauh  mana kembara kita,biarlah satu dua hikmah yang dapat dikutip...
4 nov 2010
Alhamdulillah.. kembara ke NAKA pada musim bah ini cukup mengajarku erti bersyukur...
1- bersyukur pada  kesusahan..
2- bersyukur pada kemudahan..
hujan lebat sampai banjir
rumah sahabat ana di NAKA
sepanjang perjalanan dari alor setar(rumah sewa) ke rumah sahabatku, lebih 10 buah rumah yang ditenggelami air. kalau sebelum ni kita hanya lihat dalam berita... tapi kali ini the real one!
sepanjang perjalanan, aku lebih banyak diam walaupun baba(panggilan ayah sahabatku) banyak bertanya itu dan ini.. lagipun, aku sibuk berfikir macamana sahabat2 lain yang tinggal di alor setar meneruskan aktiviti harian.. punca bekalan air di alor setar ditutup! air bah yang melimpah di empangan takut menyebabkan renjatan elektrik.begitu yang kudengan dari mulut para jiran di rumah sewa..


6 nov 2010


hari ini, hujan renyai2, tak selebat 2 hari yang lalu. Pagi ini aku dibawa berjalan2 di sekitar pekan Kuala Nerang(antara tempat yang paling teruk dilanda banjir).
tujuan kami, mencari ikan tongkol/ikan kayu di pekan nat(tempat jual ikan2 fresh), walaupun peluang nak dapatkan ikan fresh amat tipis. mana tidaknya, hampir tak ada nelayan yang akan melaut dalam keadaan bah yang teruk..
perjalanan ke Kuala Nerang membuka mata hatiku dari terus dibelai..
Ya ALLAH, ramai yang menderita ketika kita berada dalam zon selasa. kami menyaksikan sendiri kesan2 banjir yang baru sahaja surut......
dah jadi macam hutan terbiar


taman rekreasi selepas bah

kesan lumpur bah
kesan lumpur
tinggi tiang letrik
sampah2 yang dibawa bah
bah air naik... jarang2 terjadi, bahka  kali pertama di bumi jelapang padi. adakah ini bala ALLAH?
atau sekadar fenomena alam?
ayuhlah sahabat,  kembali kepada fikrah islam sebenar... nyahkan segala unsur liberal dalam pemikiran..
perbaharui mindamu untuk islam!!
7 nov 2010

aku terbaca 1 kata2 ketika berada dalam library baba.. kata2 yang cukup meragut ketenanganku untuk terus berada dalam zon selesa...   barangkali bukan aku sahaja, kalian juga!!
"the laziest people in the world is malay"
                               -ensklopedia barat-
sebegitu mudahnya yahudi mempermainkan kita... tambahan pula hampir 98peratus orang melayu adalah ISLAM!!! tidakkah maruah islam itu sendiri dirobek-robekkan?
hari ini juga aku belajar sesuatu yang mudah tetapi susah...
jaga lembu.... mcam lucu saja..
1- mudah nak buat
2- susah jumpa orang y bergelumang dengan pekerjaan ni...terutama anak2 bandar...
bersedia bawa lembu makan
dua daripada 11 ekor lembu baba
lembu2 ni, akan makan dalam tempoh 2jam. selagi taak cukup 2 jam, mereka takkan beranjak pulang...
hmm.. cerdik kan.. inilah yang dikatakan fitrah dan sunnatullah. walaupun lembu2 ni tak ada akal, tapi mereka boleh menilai fitrah mereka...
jadi tidak hairanlah bila ALLAH berfirman bahawa ada manusia yang lebih teruk dari binatang ternakan...
9nov2010
Alhamdulillah, hari ini pulang ke rumah sewa.. hujan masih lebat, mungkin selebat pengajaran dari pengalaman selama 5 hari di Naka. pengalaman ini buat diriku khususnya dan buat kalian umumnya....
ikut pengajian baba di masjid Ghufran, akar peluru... kemudian baru pulang ke rumah sewa...
isi pengajian baba berkaitan surah (al-maidah:105)..
- cegah kezaliman dan mungkar adalah wajib kepada sesiapa yang berkata لا اله الا الله..
- undang2 islam menyelamatkan kita dari kemungkaran
- ramai yang sangka bila dapat HIDAYAH, selamat... kita hanya selamat bila mengikut hidayah itu..

hidayah.. umpama titisan air yang menyerap ke relung hati
kembara membawa bahagia,
bahagia adalah sedih yang nyata,
sedih pada murka penciptanya,
sang pencipta, adalah DIA...

-firas az-zahra/  Naka/ 11.40mlm/ 5nov2010-

12 November 2010

buat para daie..

بسم الله الرحمان الرحيم
..... السلام عليكم....
Apa KhAbAr HAti?
BaGaimaNa iMan Hari Ini?
seManGat JiHad MenuRUn AtaU kIAn MeniNgGi?
ayUh, SiapkaN ruH peRkaSaKan KeNdiRi,
taJdiDkaN FiKraH... ciri DaiE seJaTi..



bicara ini dari ulama hebat.. SYEIKH mustafa masyhur...

"orang yang hidup di bawah naungan cinta dan ukhuwwah kerana ALLAH itu akan merasakn ketenangan dan kebahagiaan yang tidak pernah dirasai oleh orang2 yang berkumpul kerana urusan dunia..."

"sesungguhnya seorang muslim itu, apabila dia berjalan di jalan dakwah, ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja.... bahkan dibawa bersama hati saudaranya.. justeru setiap pahala yang didapati sepanjng perjalanan pasti akan terbias buat saudara seperjuangannya..."


duhai ikhwah dan akhwat yang dikasihi kerana ALLAH...
renunglah dengan mata hati kalian !!

insyaALLAH hidayah itu milik mereka yang mendambakannya..
SALAM MUJAHADAH..

02 November 2010

~:..LA TAHZAN!...~

بسم الله الرحمان الرحيم..... السلام عليكم....

Apa KhAbAr HAti?
BaGaimaNa iMan Hari Ini?
seManGat JiHad MenuRUn AtaU kIAn MeniNgGi?
ayUh, SiapkaN ruH peRkaSaKan KeNdiRi,
taJdiDkaN FiKraH... ciri DaiE seJaTi.

sahabat,
tiada apa yang perlu disedihkan dalam hidup...

tak perlu sedih ketika kalian dicaci makhluk bernyawa,
tak perlu sedih ketika kalian terbuat dosa,
tak perlu sedih ketika kalian dimarahi manusia,
tak perlu sedih ketika kalian tak dihargai manusia,
tak perlu sedih ketika kalian gagal dalam ujian dunia,
tak perlu sedih ketika kalian keseorangan tanpa teman seperjuangan,
tak perlu sedih ketika kalian tak dapat menggapai impian,
tak perlu sedih ketika kalian merasa serba kekurangan....
tak perlu sedih ketika kalian manghadapi kesedihan....

kerana semua itu hanya senjata untuk kalian hidup sengsara,
sedangkan kalian punya bunga untuk hidup bahagia....



Sepuluh bunga hidup bahagia
(dipetik dari buku LA TAHZAN , DR AIDH AL-QARNI)


  1. Bangun di saat menjelang fajar untuk beristighfar..
  2. menyendiri untuk bertafakur..
  3. menjalin hubungan dengan orang sholeh...
  4. berdzikir...
  5. melakukan sholat 2 rakaat dengan khusyuk...
  6. membaca al-quran denga tadabbur, tafakkur,,,
  7. berpuasa pada hari yang sangat panas...
  8. melakukan sedekah secara sembunyai-sembunyi
  9. meringankan beben seorang muslim...
  10. berlaku zuhud terhadap sesuatu yang bersifat fana...


mudah saja kan nak peti bunga- bunga bahagia ni,
jadi... kenapa perlu susah payah memetik daun sengsara yang penuh dengan duri,

sahabat,
nyahkan kesedihanmu, kerana yang dikau sedihkan itu, akan berakhir...


SALAM PERJUANGAN,
SALAM MUJAHADAH.....,

31 October 2010

INTROPEKSI HATI..??

alhamdulillah... dah selesai periksa STAM 16okt-27okt ..


dah lama rasanya tak bersua dengan sahabat blogger sekalian, kalau dihitung... 30 hari... ya sebulan, memang lama. proses pengislahan diri barangkali...
insyaallah, tinta ini akan tetap diteruskan berkat doa dan dorongan kalian juga....


teruskan menyalur doanya ya... inilah yang menguatkan kaki2 di jalan ALLAH untuk terus thabat...


bismillahirrahmanirrahim,
yah.. perkongsian kali ni tentang hati...
barangkali kerana sepanjang fatrah periksa ni, saya sering diminta berkongsi mengenai HATI... (payah.. tapi inilah amanah)




alhamdulillah, ALLAH lancarkan lidah berkata-kata kerana rahmatnya yang luas buat saya dan sahabat2 yang menerima. ilmu kan untuk dikongsi, bukan untuk diperam sampai basi, ilmu juga bisa menenangkan hati.. iya kan?






teringat pada sabda nabi muhammad S.A.W :

"bahawasanya di dalam tubuh manusia itu ada seketul daging, apabila baik, baiklah seluruh badan. tetai, apabila ia rosak, rosak pulalah seluruh badan. ingatlah, ia adalah hati."
(HR bukhari)


hati yang baik menyebabkan seluruh amal menjadi baik, diterima, terhindar dari 'ain' manusia, menjanjikan sesuatu yang tenang...

macamana hati yang baik?
oh.. mudah saja,
hati yang baik terkesan dari iman yang lurus pada jalan yang benar...


" Hati orang beriman adalah hati yang bersih seperti cermin, kerana syaitan tidak dapat memperdayakannya dengan sesuatu, sebab ia lebih dahulu melihatnya.tetapi apabila ia sekali melakukan dosa, Allah campakkan kepadanya satu tompok hitam. kalau ia bertaubat,hilanglah warna kehitaman itu. andaikata ia kembali berbuat dosa, dan tidak bertaubat, timbullah semula tompikan hitam itu hingga seluruh hatinya menjadi hitam. waktu itu tidaklah berguna lagi nasihat yang diberikan kepadanya.
(IBRAHIM BIN ADHAM)


hati yang baik adalah hati yang MELETAKKAN ALLAH 1st RANGKING..
hati adalah pusat yang menerbitkan segala tenaga. jd, klu semua tenaga datang dari ALLAH, maka ikhlaslah jawapannya..


IKHLAS.. enteng nak diungkapkan, risih untuk diterjemahkan..
"ikhlas itu umpama semut hitam yang melata di atas batu berwarna hitam, walaupun ia tak nampak pada pandangan manusia, namun ia wujud di sisi ALLAH.. IKHLAS,rahsia antara ALLAH dan hambanya...."


ikhlaskah kita selama ni?
kalau ikhlas, murnikah ikhlas itu?


kalau benar ikhlas kita murni...
amanlah dunia,
terhasillah usaha bersinergi,
datanglah kebenaran yang menutupi kebathilan,
mudahlah pintu hidayah terbuka,
kembalilah sinar kegemilangan islam,
thaghut mampu ditundukkan,
akan sirna usaha biadap YAHUDI LAKNATULLAH!!


kenapa?
kerana RASULULLAH dan para sahabat sudah buktikannya!!


ayuhlah sahabat, ikhwah, akhwat sekalian...
kita generasi muda...
aset buat ummah...
penolong agama ALLAH...


ALLAH muliakan kita wahai remaja sekalian...rujuk surah kahfi.(18:13)
usah kita sendiri yang rela menjadi HINA!

BANGKITLAH MUJAHID, BANGKITLAH!

OPEN YOUR EYES,YOUR HEART, YOUR MIND!


wallahu a'lam.

02 October 2010

Ya ALLAH, pemergiannya tarbiyah buatku...

selamat jalan sahabatku....

 

"Dengan nama Allah..sahabat,
Masihkah kau ingat kali pertama kita bertemu..Dalam halaqah ukhuwwah FILLAH yang diatur MAHA PENCIPTA,Tak henti menuturkan pesan amar ma'ruf nahi munkar,Makin mekarnya taman islamiyyah yang disuburi taqorrub ilallah...Syukur ana ya robbi...Atas pertemuan ukhuwwah ini...Dengan jalinan tautan hati cinta kepadaMU...Uhibbuki fillah....



Tak pernah kusangka bahawa mesej yang tertera merupakan kata2 terakhirnya..


Mungkin kerana mesej ini adalah satu dari sekian banyaknya mesej raya yang kuterima...

Pertemuan pertamaku dengannya ketika LIMA 07-(liqa' mahabbah)...
terpisah dengan berakhirnya LIMA...

Bertemu semula ketika sama2 mewakili sekolah dalam sukan ping pong...

Lost contact apabila nombornya tak dapat kuhubungi... dan 'bertemu' semula.. kerana ALLAH telah menghantar sahabat-sahabatnya dari MMBB ke MMAS...

Perkiraanku, usaha dakwah itu akan bertapak dalam hati-hati kami dan bersama menelusuri onak hingga ke puncak gemilangnya islam...

Namun, manusia merancang, ALLAH juga merancang...

Maka perancangan ALLAH adalah yang terbaik...
tanggal 24 sept 2010, tanggal yang amat berbekas dalam jiwa insan2 yang mengenali FATIMAH AZ-ZAHRA' JAAFAR..

Ya.. termasuk aku...

Hari JUMAAT itu, aku baru usai menelaah pelajaran, 
rehat sebentar mencicip sekelumit tenaga dengan qailulah....

Tiba2 lenaku disedarkan dengan 'new sim 1 message'..ada message baru, desisku..

Barangkali ada khabar dari sahabat2 yang mahu pulang, memandangkan aku tinggal seorang sahaja di rumah sewa..

Namun... berita ini yang kuterima:
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..
Fatimah az-zahra jaafar meninggal dunia tngah hari tadi, terlibat kemalangan depan sekolah Allahyarham wak2 blik sekolah tadi... Al-fatihah"


Segala percaturan ALLAH itu terlalu indah jika ditempuhi dengan redha.


Percaturan yang penuh hikmah. 

Hanya bisa diselami dengan kemanisan iman dan terhasil dari ibadah yang istijabah. 

Perlu kepada hati yang sirna dari dosa dan hikmah itulah yang seringkali terpulau dek tamaknya insan.

ALLAH mencabut ilmu itu dengan mematikan para ulama' yakni orang2 yang berilmu..

Buat sahabatku Fatimah Az-zahra' Jaafar,



Selamat jalan sahabatku, sebagai seorang mujahidah yang baru usai menamatkan perjuangan di medan perang, perjuangan ILMU...
Peribadi yang indah seindah peribadi pemilik asal nama itu...tak ada yang menafikan... YA ALLAH tempatkannya dalam kalangan para mukrimiin..
juga aku dan semua pembaca blog ini...

Hakikatnya, Allah telah ambi beliau dahulu dari kita. Tandanya, Allah beri kita ruang-demi ruang untuk perbaiki amalan..

Fatimah sudah berikan kita qudwah yang baik, dan mudah-mudahan ia adalah amal jariah buat beliau.. Tinggal kita yang masih diberi ruang ini... 

Amal jariah apakah yang sudah kita laksanakan?


_KeMaTIan ItU MUhaSaBaH Buat YaNg HiDup_