26 December 2012

PELIT : Musafir membekal Taqwa.

بسم الله الرحمان الرحيم

PErsonal LITerature
~26 Disember 2012~

Entahlah kenapa. Sejak akhir-akhir ini aku memang tidak dapat berhenti menulis. Aku suka keadaan begini. Aku mahu terus menulis. Sebab bagi aku, menulis itu memelihara taqwa. Bagaimana? Terpulang bagaimana kamu mentafsirkan.

Cuma satu yang aku takutkan. Penulisan yang aku sangka pemberat timbangan amal, rupa-rupanya hanya debu-debu yang berterbangan! (na'uzubillah min zalik!)

Hari ini, aku musafir ke Klang pula. Aku tidak memandu, hanya duduk di belakang dan memerhati pemandu. Jam 7.30 pagi aku bersama kak Syahidah dan kak Asma serta dipandu oleh kak Fazlina, bertolak ke Klang. Rencananya, kami mahu menziarahi dua pupu Abi yang tinggal di Klang.

Musafir kali ini, membawa aku ke suatu dimensi yang damai. Di tengah kesesakan jem di sepanjang Lebuhraya Duke, aku memerhati satu-persatu kenderaan yang lalu-lalang. Kereta Audi, BMW, Alphard serta bermacam kereta lagi yang aku tidak tahu namanya. Semua kereta itu, pemandunya adalah cina. Orang melayu nampaknya masih setia dengan Proton dan Produa mereka.

Di celah aku berfikir itu, kak Fazlina bercerita kepada kami. Orang melayu, tempat mereka semuanya di bahagian kakitangan kerajaan. Sebab, minda mereka kebanyakannya minda akademik. Tidak mahu mengurus dan hanya mengikut.

Orang cina, minda management! begitu kata kak Fazlina.

Aku yakin, apa yang kak Fazlina katakan itu, berdasarkan pengalaman yang beliau ada. Bukan cakap kosong sahaja.

Menyentap jiwaku sebenarnya. Kalau 'Melayu' dikatakan minda akademik dan minda 'mengikut telunjuk' Cina, aku masih boleh terima. Masalahnya sekarang, Melayu sering dinisbahkan dengan Islam!. Nah, ini yang aku tidak dapat terima.

Sepanjang perjalanan dari Bandaraya Klag menuju Batu Belah, aku nekad. Dengan kelulusan BA arabic yang aku pegang dan sedang telusuri ini, aku mahu jadi penggerak ummah. Bukan 'budak' orang-orang Cina(baca: bukan muslim ).

Aku malu berhadapan dengan ALLAH nanti.Aku takut Allah persoalkan kepadaku. Aku tidak mahu ALLAH minta pertanggungjawaban kepada aku dan seluruh muslimin.. Tentang.. Tentang doa yang sering kita panjatkan..Doa yang aku dan kamu hafal ini..

هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا..
..kurniakan kami pasangan dang zuriat yang menjadi penyejik mata bagi kami..

dan..
JADIKANLAH KAMI KETUA BAGI MUTTAQIIN
(25:74)

"ketua bagi orang bertaqwa"..
cuba fahami benar-benar penafsiran ayat ini. Nescaya aku dan kamu tidak lagi punya waktu untuk berdiam dan ber'sepi' sendiri!

Alhamdulillah. Sgala puji bagi ALLAH. Musafirku kali ini benar-benar memberi bekalan taqwa kepadaku. Akhir kata dariku, aku sayang kalian. Sebab itu aku berkongsi dengan kalian. Biar tempat kita bertemu mungkin bukan di dunia. Kita masih ada syurga, tempat yang kekal selamanya.

Salam Imtihan buat kamu dan aku. Ke arah menjadi imam bagi ummah bertaqwa! :-)

2 comments:

  1. Salam ziarah berutus senyuman,

    Terus menulis ya, anda mempunyai potensi yang besar untuk berjaya.

    Penggerak ummah, saya doakan :)

    ~Hazlina, UPM~

    ReplyDelete
    Replies
    1. zahra to ukhti Hazlina..

      jazakilla kairan ukhti :-)

      sayang ukhti. semoga kita berjumpa lagi..

      Delete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)