19 June 2012

santai: dari blog 'penyejuk jiwa'..

بسم الله الرحمان الرحيم

alhamdulillah, jatuh ke jurang dosa itu bukanlah sesuatu yang hina jika manusia tahu kenapa ALLAH sediakan jurang dosa dan pahala untuk dipilih. 

asalkan kita sedar jurang dosa iu nikmatnya sementara. kerana kita ada iman, kita ada pegangan, kita ada lorong kita. lorong yang kita minta pada ALLAH 17 kali dalam setiap rakaat sholat 5 waktu kita dalam sehari.

alhamdulillah, itulah perkara yang sedang saya rasakan sekarang. jiwa terasa disejukkan dengan kalam dan tulisan yang membangkitkan jiwa dari blog :: penyejuk jiwa ::

Tidak hairanlah jika Syed Qutub dibawa ke tali gantung hanya kerana tulisannya!.. subhanallah yang menjadikan mata pena beliau begitu tajam sehingga menggerunkan musuh sekalipun mata pena itu, mustahil dapat melukakan mereka!

hebatnya penulisan yang ikhlas!

mengenai blog :: Penyejuk Jiwa ::



antara yang membuat saya 'jatuh hati' dengan blog ini ialah syair yang sdr Afdholul rahman @ LI coretkan di sisi blog beliau, kebetulan saya sangat terkesan dengan tulisan dan syair-syair Muhammad Ahmad Rasyid [tulisan blog yang lalu, dari buku ahmad ar-rasyid],

syair tersebut berbunyi,
Majulah ke hadapan dan ceburkanlah diri


Engkaulah pemudanya

dan madahku adalah nyalaan

Semoga iramaku menyalakan api dalam dirimu

Niat hati hanya untuk melihat

Setitik air dalam dirimu

bakal menjadi laut yang dalam

Semoga jiwa ini sentiasa beroleh ketenangan

Jadikanlah dirimu

Dicipta untuk bekerja bersungguh-sungguh.

bukan hanya itu, saya sangat menikmati puisi-puisi di dalam blog ini antaranya,

~yang mahal harga~

~letih dengan dunia~

~terbang~

~aku kan terus bersamamu~

*semua puisi ini kamu boleh baca dan nikmati di [ sini ]

mengapa?

kerana semua puisi ini mewakili hati dan jeritan jiwa saya. sebenarnya, isi puisi-puisi ini juga mengingatkan saya kepeda puisi-saya yang masih terkubur di hardisk laptop. sampai masa, insyaALLAH saya kongsikan.


kaitan dosa dan perkongsian ini

di awal-awal post ini, saya ada sebutkan tentang 'jatuh ke jurang dosa'..

bukan bermakna saya ada blog islamik, saya tidak pernah jatuh ke jurang dosa. tidak!
sedangkan imam Ahmad bin Hambal pun berkata:

" andai dosa itu berbau, pasti semua orang tidak mahu mendekatiku.."
ya ALLAH, saya tak dapat bayangkan bagaimana jika dosa itu berbau, semua manusia pasti tidak mahu keluar ruma. kerana semua kita pernah berdosa. hanya saja kita berbeza apabila kita mahu bertaubat.

terinspirasi dari tulisan sdr Afdholul rahman juga [meskipun jatuh berkali-kali]

dan terakhir pesanan beliau yang sering terngiang-ngiang dalam kehidupan saya sebagai seorang yang mencintai dunia penulisan:

~ Kadang, hujung pena kita menjadi 'tumpul' dan tidak tepat menusuk hati manusia kerana banyaknya dosa yang kita lakukan.

Bersihkanlah, kerana kita bukan menulis untuk populariti,

Tetapi kita menulis untuk membawa diri dan manusia dekat dengan Ilahi. ~

-----------------------------
in sya ALLAH, jumpa lagi :-)

No comments:

Post a Comment

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)