بسم الله الرحمان الرحيم
khamis, malam jumaat yang lalu(21 april) saya bertemu syeikh abdulrahman as-sudais. memang sudah dengar dari kakak saya yang belajar di UIA, beliau datang ke malaysia. cuma, saya tak sangka beliau datang ke kawasan rumah saya (institut Al-Qayyim bukit mertajam).
mulanya, saya hairan juga kenapa markaz ibnu qayyim al-jauziyyah (IQ) berdekatan rumah saya kedengaran riuh. biasanya kalau ada ceramah, tak pula testing microfon banyak kali. sudah banyak kali bekas mufti perlis, imam muda asyraf, dan ramai lagi public figure datang beri ceramah di markaz ni. biasa saja.
mulanya, saya hairan juga kenapa markaz ibnu qayyim al-jauziyyah (IQ) berdekatan rumah saya kedengaran riuh. biasanya kalau ada ceramah, tak pula testing microfon banyak kali. sudah banyak kali bekas mufti perlis, imam muda asyraf, dan ramai lagi public figure datang beri ceramah di markaz ni. biasa saja.
tapi kali ni, persediaan yang luar biasa. bila abi balik dari mengajar, dengan penuh penasaran saya buka mulut ingin bertanya..
belum sempat apa2 abi dah bagitau :
" imam masjidil haram nak datang, insyaALLAH "
" kat IQ(institut al-qayyim) abi?" tanya saya tak percaya.
" lepas maghrib " jawab abi ringkas.
belum pun masuk waktu maghrib, sudah kedengaran pengumuman:
" harap maaf kepada jemaah yang hadir. ruang bahagian dalam telah penuh, pihak IQ sudah menyediakan ruang di bawah khemah untuk kita sama2 melaksanakan solat maghrib berjemaah. "
sya urung untuk pergi solat maghrib di sana. di rumah saja. lebih baik bagi wanita. aman dari fitnah :-)
terlepas solat berimamkan syeikh. tapi tak apa, yang penting pesanan beliau disemat dan dibuat.
hanya 30 minit syeikh dibenarkan berucap. begitulah yang abi bagi tau. saya pun kurang pasti kenapa. biasalah, orang jahat takkan suka kebenaran. (fikir-fikirlah)
beberapa pesan syeikh yang sempat saya take note n terjemah. mudah-mudahan betul dengan ilmu bahasa arab y terlalu cetek, hanya ini yang sempat saya garap.
- " HENDAKLAH KAMU BERSAMA DAN MENGIKUT SUNNAHKU SERTA SUNNAH KHULAFA' AR-RASYIDIIN"
- "SAMPAIKANLAH KALIMAH-KALIMAH YANG BAIK"
- " PILIHLAH MASLAHAT YANG LEBIH UTAMA ANTARA DUA MASLAHAT (keutamaan/prioriti) "
- "BERSABARLAH DENGAN RINTANGAN DI ERA GLOBALOSASI (al-'aulamah) "
- " BERDAKWAHLAH DENGAN MANHAJ RASULULLAH S.A.W! "
rupa-rupanya, ada terjemahan selepas ucapan b.arab beliau. terjemahan yang disampaikan oleh ustaz zainal abidin bukanlah terjemahan secara menyeluruh. sekadar menyimpulkan kata2 syeikh.
kata syeikh abdulrahman as-sudais:
- kita belum pernah bertemu, tapi saya rasa bahagia melihat anda semua. kerana kita ada hubungan KEIMANAN.
- ilmu yang paling tinggi adalah ilmu AL-QURAN dan AS-SUNNAH
- islam umpama MATAHARI, walaupun banyak yang mencemuh ia tetap akan sampai kemana-mana.
- jauhi perbalahan.(baca: JAUHI). dekat pun tak boleh.
- ilmu pengetahuan itu, berilah, sampaikanlah dengan HIKMAH.
- nabi dulu, beri islam kepada semua golongan. nabi tak memilih orang yang mahu shaja. cth, bani taif tak mau menerima islam, tapi nabi sampaikan juga.
- saya amat berharap orang yang mengikut SUNNAH bertambah.
berkenaan point last saya nak ulas sikit ..:
orang islam umpama buih di lautan kerana kita hanya mahu jadi orang islam. kita tak berusaha ikut islam dengan guide yang sebenar, SUNNAH. buktinya, berapa ramai remaja (baca: remaja) yang memiliki kitab riyadhussolihin berbanding remaja yang memiliki koleksi novel-novel yang sudah dibaca?
novel islamik? saya tak kata ianya salah. bahkan saya juga merupakan penggemar novel dan mempenyai beberapa koleksi. cuma, bagaimana remaja meletakkan priroriti bahan bacaan mereka? kita?
sengaja saya memilih riyadhussolohin sebab dah ada ringkasannya sekarang. jadi tak ada alasan untuk yang kata tak cukup duit. tentang riyadhussolihin saya ada kisah.kita cerita di entry lain ya.
semoga kata2 ikhlas dari syeikh sudais kita semat dan buat!
salam sayang kepada semua yang sanggupbaca entry ni hingga akhir. sayang kerana kita ada hubungan keimanan..:-)