02 April 2011

santai: hari-hari yang indah dengan sunnah..

بسم الله الرحمان الرحيم


mulakan bersugi dengan bismillah
alhamdulillah..
hari ini masih ada untuk kita teruskan menebar dakwah dan tarbiyyah dalam kamus hidup yang kian senja. bila kita ditanya, siapa nabi kita.. sudah tentu jawapannya adalah muhammad rasulullah s.a.w.

bibir kita mudah bicara, namun hakikatnya banyak sunnah nabi s.a.w yang kita tinggalkan. bahkan kita belum terlalu merindui baginda. kita hanya percaya cerita dari mulut manusia berbanding mencari sendiri kesahihan kisah kewafatan kekasih ALLAH yang kita kasihi.

alhamdulillah..
berkali-kali ALLAH menggerakkan hati kita memahami hikmah. dan inilah salah satunya.saya secara peribadi belum habis menelaah kitab hadis shahih bukhari. setakat jilid satu, hmm.. tak ada apa-apa kecuali secuit.

tapi, AR-RAHMAN membuka rahmatnya untuk saya terpanggil membaca risalah mungil yang disisipkan bersama kayu sugi yang saya beli. saya hadiahkan buat sahabat-sahabat sebuah hadis shoheh yang dicoretkan dalam risalah tersebut:


saidatina 'aisyah radhiyallahu 'anha meriwayatkan,

" di antara nikmat yang ALLAH telah kurniakan kepadaku ialah, kewafatan baginda rasulullah sallallahu alaihi wasallam di rumahku (semasa hari giliranku) dan baginda bersandar di pangkuanku, dan ALLAh manyatukan air liurku dengan air liurnya ketika wafatnya baginda sallallahu 'alaihi wasallam.

" Abdul Rahman datang kepadaku dengan sebatang berus sugi di tangannya semasa aku sedang memangku rasulullah s.a.w. kulihat baginda s.a.w memandang sugi itu. aku tahu betapa baginda s.a.w suka bersugi lalu kutanyakan kepadanya, "mahukah aku ambilkan untukmu?" baginda menganggukkan kepalanya.

kuambil berus sugi itu, namun ianya terlalu keras untuk bagindas.a.w lalu aku bertanya, mahukah aku lembutkannya untukmu? dan baginda mengangguk. maka aku pun melembutkannya (bersugi dengannya). baginda pun bersugi dengan berus sugi itu.

di hadapan rasulullah ketika itu ada sebuah bekas berisi air. baginda rasulullah s.a.w mencelupkan tangannya ke dalam air dan menyapukannya ke wajah seraya bersabda " laa ilaaha illa Allah.. sesungguhnya dalam kematian itu ada kesukaran" kemudian baginda s.a.w mengangkat kedua tangannya ke langit seraya bersabda.. " ke hadrat Kekasih Yang Maha Tinggi.." sehingga habislah nafas baginda s.a.w dan turunlah tangan baginda s.a.w..."

(shahih bukhari Jilid 5, buku 59, hadith 730)


subhanallah..
siapa sangka sebatang kayu yang dianggap jijik dan kolot rupa-rupanya menjadi saksi kisah cinta agung yang abadi. kisah cinta seorang isteri kepada suaminya, cinta sorang rasul kepada umatnya dan cinta seorang hamba kepada ALLAH, penciptanya.

bahkan, dunia mengakuinya. World Health Organization(WHO) telah menyarankan amalan bersugi sebagai kaedah penjagaan mulut yang sempurna sejak 1980. masyaALLAH, hakikatnya umat islam sudah mengamalkannya-bg y istiqamah bersugi- sejak 1400 tahun yang lalu!

seruan..

buat saya dan sahabat2 yang merindui baginda nabi s.a.w.
cintailah sunnah ini. cintailah.. dan abadikan sunnah ini dalam kehidupan kita.

mulakan sekarang. mulakan dengan diri. mulakan di sini.

ya rasulullah,
kami merinduimu!

wallahu a'lam

p/s: dipetik dari risalah,
      beruSugi enterprise, ( 019-313 11 93)

2 comments:

  1. assalamualaikum,
    jejak yg pertama =)
    blog yg sgt kemas..
    terima kasih. teruskan perkongsian2 ini..

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam.
    jazakillah khairan kasturi jiwa!
    salam taaruf penuh khullah..
    thanks, komen membina!

    ReplyDelete

semua yang saya tulis hanyalah sebuah perkongsian. Boleh diterima atau ditolak. Tetapi, tetap berlapang dada dalam semua urusan itu tanda hati kita murni.. :-)